Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 12 Februari 2014

Najib puji letak pegawai SPRM di kementerian

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kementerian itu untuk menangani rasuah sebagai satu usaha yang baik.  

"Usaha yang baik perangi rasuah," kata Perdana Menteri dalam Twitternya ketika merujuk kepada pautan Facebook menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.  

Dalam laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata: "Kita tidak akan letak pegawai SPRM secara terang-terangan, jika tidak usaha ini sia-sia sahaja".   

"Pihak kementerian juga tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kakitangan kementerian yang terlibat dengan gejala rasuah dan jika ada, kes itu akan diuruskan oleh SPRM," katanya.

Semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata pihaknya akan meletakkan pegawai SPRM di kementerian itu tanpa mendedahkan identiti mereka sebagai usaha mengekang penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan kakitangan.

Katanya, walaupun kadar kes penyelewengan dan rasuah di peringkat kementerian berkenaan rendah, namun penempatan pegawai SPRM di situ adalah sebagai langkah awal bagi menunjukkan kementerian benar-benar serius membendung gejala tidak bermoral itu.

Tiada ulasan: