Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Januari 2014

Gereja di Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri gara gara Kain rentang salah guna Kalimah Allah

41390800527_295x200Gereja Assumption di Lebuh Farquhar

Kejadian itu berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang kontroversi mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) berdekatan gereja semalam.

PULAU PINANG: Gereja Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang dua biji bom buatan sendiri awal pagi ini, lapor The Star Online.
Ketua Polis Pulau Pinang, SDCP Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata dua bom buatan sendiri itu dibaling ke kawasan lapang gereja tersebut kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.
“Bagaimanapun hanya satu yang meletup, lagi satu jatuh di atas rumput.
“Siasatan awal mendapati dua pemuda bermotosikal telah melakukan jenayah tersebut,” katanya dipetik The Star Online.
Kejadian ini berlaku kurang 24 jam selepas kain rentang  mengandungi perkataan “Jesus is the son of Allah” (Jesus anak Allah) digantung di luar gereja tersebut.
Difahamkan wakil gereja tersebut dan beberapa gereja lain di sekitar kawasan tersebut membuat laporan polis susulan kain rentang kontroversi tersebut yang dipasang di hadapan pintu masuk gereja tersebut.-AWANI

Tiada ulasan: