Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 27 Januari 2014

ADUN Kajang letak jawatan, spekulasi penyingkiran Khalid makin bertiup kencang

downloadSHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat ( PKR) pada Isnin meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.
Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe di sini petang tadi.
Perkembangan itu sekaligus menguatkan lagi spekulasi akan berlaku pilihan raya kecil bagi memberi laluan terhadap penyelesaian krisis dalam PKR dengan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Sebelum ini timbul cakap-cakap bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
Jika benar, satu pilihanraya kecil mesti diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi ADUN.
Bagaimana pun, Anwar ketika bercakap kepada pemberita pagi ini menafikan spekulasi tersebut.
Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Tiada ulasan: