Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengekalkan jawatannya bagi penggal keempat sebagai Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang apabila menang selesa dalam pemilihan parti Sabtu.
Dalam pertandingan dua penjuru, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memperoleh sebanyak 535 undi manakala pencabarnya, Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed hanya mendapat 32 undi.
Noh ketika dihubungi berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada para perwakilan kerana terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui Umno bahagian berkenaan.
"Di peringkat negeri, saya akan terus berusaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli Umno di negeri ini.
"Selepas pemilihan parti, saya berharap seluruh ahli dan kepimpinan baharu yang dipilih akan melipat gandakan usaha untuk memastikan Umno dan BN memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan