Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 September 2013

2 INDIVIDU DIPANAH PETIR !!! SATU MAUT

Samarahan: Seorang pekerja kontrak maut manakala rakannya cedera dipanah petir ketika berlindung di bawah pondok berhampiran sebuah sekolah di Kota Samarahan, di sini, kira-kira 6 petang semalam.
Mangsa, Alsagok Sadi, 35 dari Kampung Sedadi, Matang, terbunuh di lokasi kejadian, manakala rakannya, Ismawi Razali, 35 dari Kampung Tembirat, Asajaya cedera di kedua kaki dan luka di kepala.
Dua sahabat terbabit yang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Matang, dekat Kuching membuat keputusan untuk berlindung di pondok berkenaan kerana hujan lebat.

Mereka yang menaiki sebuah motosikal berlindung di pondok itu, tetapi kira-kira lima minit kemudian kilat menyambar pondok berkenaan menyebabkan kedua sahabat itu tidak sedarkan diri.

Difahamkan, kira-kira 10 minit kemudian, Ismawi tersedar dan mengejutkan Alsagok tetapi tiada tindak balas daripada mangsa.

Menurut Ismawi, dia menghubungi Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, ketika itu dia tidak mampu bergerak kerana kedua kakinya luka dan terpaksa menunggu bantuan tiba.

"Pasukan Paramedik mengesahkan Alsagok sudah meninggal dunia. Itu perkara terakhir yang saya ingat sebelum dikejarkan ke HUS ," katanya.

Ismawi dikejarkan ke Unit Kecemasan HUS, manakala mayat rakannya dibawa ke rumah mayat untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan mengesahkan kejadian itu.

Tiada ulasan: