AKIBAT KEADAAN YANG YANG TIDAK TERKAWAL |
Kerajaan akhirnya membuat tindakan membawa pulang Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid dalam 2 hari.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dalam kenyataannya di media yang Admin @ PM petik dan didalam kenyataan Beliau berkata, penerbangan pertama membawa lapan
penuntut dari Alexandria menaiki pesawat Emirates dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 9.45 malam ini.
Seramai 365 penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah dengan penerbangan AirAsia dan dijangka tiba pada 5.25 pagi esok (23 Ogos).
Penerbangan ketiga akan membawa 45 penuntut, juga dari Kaherah, melalui pesawat Singapore Airlines (SIA SQ493) yang dijangka tiba pada 8.05 pagi, 23 Ogos.
Dua lagi penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah menaiki pesawat Egypt Air dan dijangka tiba pada 6.40 petang esok.
Menurut kenyataan itu penerbangan pertama Egypt Air membawa enam penuntut Malaysia dari Kaherah yang berlepas kira-kira tengah malam tadi waktu Kaherah,
dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.40 petang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan