Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 14 Ogos 2013

GAME PARTI POLITIK PAKATAN SUPAYA ISA & EO DIMANSUHKAN

JANGAN MEMPERJUDIKAN NASIB NEGARA DENGAN MENYOKONG PARTI  YANG MENIPU RAKYAT !!
Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah dengan seorang daripadanya adalah bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) ditahan kira-kira 20 minit selepas mereka menyamun penghuni sebuah rumah mewah di Senggarang dekat Batu Pahat baru-baru ini.
Dua suspek tersebut yang menaiki kereta jenis Honda Civic ditahan pada pukul 6.15 petang, Selasa lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu, polis menemui sebilah parang, dua buah telefon bimbit, dua beg dipenuhi sepana, serangkai kunci, kunci allen dan wang tunai.
"Semakan mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang di kawasan Majidee di sini.
"Kita percaya dengan penahanan itu, polis dapat menyelesaikan 10 kes samun di kawasan Batu Pahat dan bandar raya ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Semakan mendapati dua suspek itu memiliki rekod jenayah samun dan dadah manakala bekas tahanan EO itu pula dibebaskan dari Simpang Renggam, Kluang pada tahun lalu.
PSSttt...Parti tuuuuttt yang minta ISA & EO dimansuhkan. Lepas tu, parti tuuuuuttt tu juga yang cuba salahkan kerajaan balik konon negara tak selamat. Nampak tak permainan parti gedik ni nak main game ni kat situ...

Tiada ulasan: