Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 13 Ogos 2013

GEMPAR !! KERETA PEGAWAI BANK DI LANGGAR DAN DI BOM

GEMPAR !!! BEGINILAH keadaan bampar kereta Honda Civic yang rosak selepas dilanggar dan dibaling bom di Love Lane, George Town semalam.
Nampaknya jenayah menggunakan senjata ala ala bom semakin menjadi jadi buat masa sekarang ini,aDMIN @PM harap sangat perkara ini dapat diselesaikan segera bagi menjejak siapa pelaku jenayah berat ini,setelah kejadian ini sering berulang ulang membuat Admin @pm tertany tanya apakah kesudahan cerita ini..?

266,000 PENJENAYAH BERKELIARAN DI SEKELILING KITA?

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahidi Hamidi hari ini mendedahkan bahawa beliau menganggarkan terdapat 266,000 penjenayah yang sedang berada di jalanan sekarang ini.

"Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang." - Zahid Hamidi dalam satu termuramah dengan Utusan Malaysia.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130811/re_01/Bersikap-adil-kepada-polis

TIDAK KAH INI SATU SITUASI YANG SANGAT SERIUS,DAN PERLU DIAMBIL PERHATIAN?
Apakah yang Zahid, Polis dan Perdana Menteri mahu lakukan sekarang untuk memastikan rakyat di Negara kita berada dalam keadaan selamat?
GEORGE TOWN – Seorang lelaki berdepan saat mencemaskan apabila kenderaan yang dipandu bukan sahaja dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah belakang malah dilemparkan sebutir bom dipercayai buatan sendiri.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya diekori MPV Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar di sini.
Kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan pegawai bank dalam perjalanan pulang ke tempat kerja selepas menikmati makan tengah hari bersama rakannya.
Bagaimanapun kereta Honda Civic yang dinaiki mereka dilanggar dari arah belakang beberapa kali oleh MPV yang dinaiki dua suspek itu ketika mereka berada di Love Lane.
Menurut sumber, selepas melanggar kereta mangsa, seorang lelaki di tempat duduk penumpang telah membuka cermin MPV itu lalu melontar sesuatu disyaki bom buatan sendiri di bahagian bampar kereta mangsa.
Suspek kemudian terus mengekori mangsa sehingga ke Jalan Burmah namun mereka berjaya meloloskan diri sebaik melihat kenderaan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Tiada ulasan: