Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 13 Ogos 2013

DYMM SULTAN JOHOR ARAHKAN SURAU TG SEDILI DIROBOHKAN MANAKALA PENGUSAHA RESORT DITAHAN POLIS UNTUK SIASATAN LANJUT !!!!


Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan.

Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu.

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya.

Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu.

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.




Sementara dengan itu Admin @PM ada menerima berita lain berkenaan kes ini dimana Polis menahan seorang lelaki yang merupakan pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi untuk membantu siasatan mengenai sebuah surau di premis tersebut yang dijadikan tempat ritual keagamaan oleh bukan Islam.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 petang di resort berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.

"Pada pukul 3.25 petang kelmarin, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kejadian sebuah surau disalah guna oleh penganut agama lain dan ekoran laporan berkenaan, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari in

Tiada ulasan: