Alhamdulilah akhirnya berkat sokongan dan dorongan rakan rakan yang prihatin menyebarkan berita kehilangan kanak kanak di rawang baru baru ini mendapat hasil yang positif apabila polis menjumpai kanak kanak tersebut setelah dihantar oleh seorang wanita kira kira jam 11.30 pagi tadi.
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjumpai seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di sebuah pasar raya di Rawang baru-baru ini.
Seorang wanita yang menghantar Wan Aisyah Wan Exzam ke balai polis Sungai Nibong kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin berkata, anak lelakinya membawa kanak-kanak tersebut ke rumahnya di Teluk Kumbar pada pukul 5 pagi Isnin.
Wanita tersebut berkata anak lelakinya, 44, memberitahunya supaya menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis berhampiran.
Anak lelakinya terus menghilangkan diri selepas insiden itu.
Kanak-kanak itu dipercayai anak perempuan seorang guru matematik, Arbaiyah Md Zin yang mengajar di Rawang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan