Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 7 Julai 2013

TINDAKAN MELAMPAU ?? DATUK NAZRI AZIZ CUBA PERLEKEH PENDAPAT AHLI UMNO @DS ZAHID HAMIDI

Bersamalah kita berganding bahu menentang Nazri aziz memansuhkan Akta hasutan 1948 kita semua bersama2 dgn DS Zahid Hamidi mempertahankan Akta Hasutan yang cuba dihapuskan oleh pengkhianat negara dan kita tentang habis2an termasuk Nazri Azri yg bersetuju akta itu dimansuhkan...

PETALING JAYA: Dua menteri mengambil pendirian yang berbeza terhadap Akta Hasutan 1948 dengan seorang mahu memansuhkannya dan seorang lagi mahu ia dikekalkan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk memansuhkan Akta itu manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya bahawa Akta tersebut perlu kekal kerana pemansuhannya mungkin membawa kepada pertikaian terhadap aspek-aspek teras tertentu dalam Persekutuan Perlembagaan.

Nazri yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa Peguam Negara sedang melihat untuk pemansuhan Akta berkenaan.

"Kami komited untuk meneliti pemansuhan itu.

"Bagaimanapun, ia adalah penting bahawa apabila kita memansuhkannya, kita masih memerlukan satu Akta yang boleh menjaga keharmonian dan perpaduan di antara rakyat Malaysia daripada kumpulan etnik yang berbeza," katanya kepada pemberita selepas melawat Kellie’s Castle di Batu Gajah ketika melancarkan projek menaik taraf pelancongan di sini Ahad.

Zahid, yang merupakan Naib Presiden Umno, memberitahu pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa di Putrajaya berkata, pemansuhan Akta ini boleh membawa kepada pertikaian mengenai empat aspek dalam Perlembagaan.

Menurut Zahid, aspek empat teras itu adalah hak istimewa orang Melayu, status Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mahu Akta tersebut dikekalkan supaya ianya tidak akan dipersoalkan.

"Kabinet tidak boleh membuat keputusan untuk memansuhkan (Akta), tetapi (ia boleh mencadangkan) untuk meminda.

"Jika Akta Hasutan dihapuskan sepenuhnya, (mana-mana pihak) akan mempunyai hak untuk menyentuh empat perkara ini walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan.

"Saya tidak akan bertolak ansur jika ada pihak yang mahu menyentuh mana-mana empat aspek utama Perlembagaan.

"Mereka yang berbuat demikian, mesti didakwa di bawah Akta Hasutan 1964 yang sedia ada," kata Ahmad Zahid.

Pada Julai 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta itu dengan menggubal Akta Keharmonian Nasional yang baru.

Tiada ulasan: