Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 29 Julai 2013

NOH OMAR:AMANAH YANG BERAT NAMUN BELIAU SEDIA MEMEGANG AMANAH DENGAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK BN !!!


SEKALAUNG UCAPAN TAHNIAH buat DS Noh Omar kerana mendapat kepercayaan menerajui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baru


Semalam Admin @PM ada terbaca cerita yang beliau menyatakan jawatan baharu yang disandangnya itu sebagai amanah berat dan bukannya sesuatu untuk dibangga-banggakan oleh yang demikian marilah kita sama sama membantu Beliau menjayakan Misi membongkar penyelewengan Pakatan Rakyat di Selangor mudah mudahan kita akan berjaya menawan Selangor kembali pada PRU14 yang akan datang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepercayaan untuk beliau menerajui UMNO Selangor.

Noh, yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang, berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan RM1.1 juta kepada 18 sekolah menengah dan rendah, 120 surau dan 28 masjid di kawasan parlimennya pada majlis berbuka puasa di Sungai Burong, Tanjung Karang.

"Barisan Nasional kena rapati rakyat dan terus berusaha yakinkan mereka bahawa Barisan Nasional lebih baik daripada pakatan rakyat," tegasnya.

Menurutnya, antara isu yang akan terus diberi perhatian untuk tindakan lanjut ialah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam pada itu, Noh berkata beliau telah turun ke 20 bahagian UMNO di Selangor untuk merapatkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan dengan pemimpin parti.

"Ini kerana tidak ada kejayaan tanpa kekuatan, dan tidak ada kekuatan tanpa perpaduan," katanya

Tiada ulasan: