Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 10 Julai 2013

MERIAM MELETOP BERKECAI 3 CEDERA DI MUKA MALAM TADI

ALORSTAR-Malam tadi adalah malam pertama Umat Islam menunaikan Sholat Sunat Terawih tetapi bagi tiga sahabat ni malam tadi merupakan malam untuk bermain Meriam buatan sendiri dan belum pun bermulanya puasa kerana hari ini hari pertama kita berpuasa yang cerdiknya meriam yang dibuat itu hanya dari batang paip PVC mana tak meletopnya batang paip itu .
Keseronokan sekumpulan remaja lelaki bermain meriam buatan sendiri di Taman Bersatu, Baling dekat sini pada malam tadi membawa padah apabila dua daripada mereka melecur teruk di muka dan tangan selepas meriam tersebut tiba-tiba meletup.
Dua mangsa terbabit ialah Mohd. Aiman Amzar Jamsari, 13, dan rakannya, Mohamad Hanif Mohd. Nawi, 14.
Mohd. Aiman Amzar yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini
melecur di muka dan tiga jari kanan manakala Mohamad Hanif yang dirawat di
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dekat sini melecur di muka.
Difahamkan, kira-kira 15 remaja lelaki itu membuat me riam dengan menggunakan paip PVC sepanjang satu meter serta belerang.

Tiada ulasan: