Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 18 Julai 2013

DEMI TARIK SOKONGAN KAUM CINA PEMIMPIN PAS INI SURUH KITA MAAFKAN PENGHINAAN TERHADAP ISLAM DI MALAYSIA OLEH ALVIN&VIVIAN



Pemimpin PAS ini maafkan penghinaan Alvin & Vivian serta menabur fitnah dengan menuduh ini semua konspirasi UMNO,Islm dihina pasangan Porno di sokong walau pun dia sendiri tahu sebelum ini pun sudap acap kali pasangan ini mempersenda kita dengan bermacam masaalah !!!!

Kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin PAS ternyata menunjukkan bahawa dia rela Agama dipersenda dan tidak mahu melihat pasangan ini dihukum, bagi PM la mereka ni wajib dihukum dengan seberat2nya dan memaafkannya mmng kita maafkan tapi hukuman tetap hukuman yang seberat beratnya agar menjadi tauladan pada golongan yang cuba cuba meniru gelagat bintang porno malaysia itu

Memaafkan pasangan PORNO Alvin & Vivian yang menghina umat Islam dan menuduh ini konspirasi UMNO merupakan satu lagi episod  kebaculan PAS menggadai maruah agama di bulan Ramadhan dan tuduhan itu sungguh melampau dan terlalu berat kerana kita sebenarnya bukan berpolitik untuk parti dalam kes ini malah kita berhujah berkenaan Agama kita dan persoalannya sekarang mengapa Pas sanggup merelakan agama Islam dipersenda dan menjadi bahan jenaka pasangan Alvin dan Vivian ini.

PAS sepatutnya wajib turut sama menyokong desakan pelbagai pihak agar pasangan menghina Islam ini dikenakan tindakan undang-undang kerana dengan cara ini dapat menjadikan psangan ini takut untuk mengulangi perkara yang sama dan menjadikan pasangan ini benar benar insaf serta menyesali atas perbuatan melampaunya itu,lihat di negara islam lain siapa yang berani menghina Islam?


Bayangkan hukuman disana kerana menghina Islam pesalah ada yang dihukum ''PENJARA SE UMUR HIDUP'' tapi sebaliknya pemimpin Pas ini pula cuba membela Penghina Agama ini pula malah sanggup memfitnah dan menuduh ini konspirasi Umno lebih enampakkan yang orang pas ni nak mengambil hati kaum cina demi memancing sokongan terhadap parti mereka




RESPON PEMIMPIN PAS INI TERHADAP ISU PASANGAN KEKASIH HINA ISLAM

1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan Islam itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Merekaperlu disedarkan bahawa ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar faham dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini.

2. Walau bagamanapun…dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang sinonim sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah wajar kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur, hikmah dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita dan menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada mereka yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak menunjukkan suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu dihadapi secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan. Biasalah mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah sehingga mereka faham dan berubah.

3. Adalah tidak wajar bila ada pihak yg dilihat sengaja menghangatkan isu ini dan menaikkan kemarahan ummat Islam secara tidak bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat permusuhan dan ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua orang bukan Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu tindakn tidak bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai orang mukmin yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan kemaafan dan keampunan ini.

4. Jangan lepaskn peluang kita berdakwah terhadap orang bukan Islam hanya kerana kesombongan kita atas keIslaman kita lantas semudahnya memandang orang lain sebagai rendah. Islam bukan agama yg sombong. Islam itu rahmat kpd sekalian alam.

5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini. Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf.

6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.

7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!

Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat

Tiada ulasan: