Menurut Datuk Seri Ahmad, tidak timbul isu membazir sebagaimana yang dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmed Shah kerana kajian telah dibuat secara terperinci mengenai projek itu dan sememang nya sudah menjadi sikap pembangkang semua perkara tidak kena di mata mereka.
"Bercakap memang senang. Mereka hanya pandai kritik dan menyoal saja," katanya.
11 Februari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman berkata, kerajaan negeri terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan belanja sebanyak RM14.7 juta untuk membaiki tempat duduk dan padang SSMZ bagi membolehkan ia diguna untuk latihan dua pasukan bola sepak Terengganu.
Dua kontraktor telah dilantik untuk membaiki tempat duduk di kedua-dua bahagian berkenaan yang dimulakan pada Oktober 2012 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun ini.
Katanya, kajian dan perbincangan secara khusus bagi mencari kaedah terbaik untuk membaiki stadium berkenaan perlu dilakukan secara teliti memandangkan tiada peruntukan khusus untuk kegunaan tersebut.
Dianggarkan, kira-kira RM100 juta diperlukan untuk membaiki keseluruhan kemudahan stadium berkenaan termasuk pusat boling, skuasy, bilik persalinan dan lain-lain kemudahan.
Psssttt..Udah udah lah membangkang pada perkara yang tidak benar sesungguhnya orang yang kurang cerdik sahaja yang percaya bulat bulat fitnah serta permainan persepsi pembangkang ni dan tak hairanlah bila kat tempat sahabat pm yang pm tulis dulu pun longkang pecah PKR Selangor tak mahu repair di Medan Selera Dataran melawati Pekan lama K Selangor tu,ingat duit yang ada tu untuk kemudahan Rakyat jika di belanjakan pada benda yang tak berfaedah pun untuk apa contohnya pada gaji melampau Kerajaan Negeri Selangor tu jadi nak bangkang tu biar pada kebenaran bukan semuanya salah di mata mkorang jer erk..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan