Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 26 Jun 2013

Nik Nazmi: Aktivis hanya luah ‘rasa prihatin’ Tapi Wajarkah Nik Nazmi bersuara? adakah mengikut landasan Islam?

Nik Nazmi hari ini disinar harian menyelar penahanan pendemo tapi bagi Admin ianya satu tindakan tidak tepat kerana???
Tindakan yang diambil polis wajar demi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku Nik Nazmi tak perlulah nak membel sangat perkara2 yang boleh mendatangkan bahaya pada pihak Polis dan boleh juga mendatangkan bahaya pada Negara jika perkara sebegini di pandang remeh oleh Pro Pakatan Pembangkang takut nanti perkara yang sama berulang seperti di mesir syria dan Negara2 Islam yang lain.

 kerana budaya ini bukan budaya orang Islam dan berdemo bukan jalan penyelesaian masaalah kerana dalam masaalah ini kita wajib mengikuti landasan yg betol didalam sesuatu yg hendak kita lakukan dan Islam tidak pernah mendidik umatnya agar keluar melakukan demonstrasi terhadap pemerintah, biarpun pemerintah yang kafir apalagi Pemimpin yg dah terang2 beragama islam (UMNO) kerana mereka juga Bersolat dan masih memperjuangkan Islam di Malaysia malahan jika kita lihat prestasi Umno yang mereka menang begitu banyak kerusi Parlimen dalam PRU13 yang lepas dan mendapat sokongan mejoriti orang-orang Melayu yang masih percaya hanya Umno yang konsisten memperjuangkan Islam berbanding Pas yg hanya mendapat undi minoriti melayu dan perlu diinagat Demonstrasi jalanan tidak pernah berlaku di zaman Nabi mahupun sahabat. Tidak pernah disuruh atau dicontohkan oleh mereka.


Bahkan mengkritik atau mencanang keburukan pemerintah di mimbar-mimbar saja sudah dilarang keras oleh para salaf, inikan pula membuat bantahan dan demonstrasi di jalan-jalan?

Apa yang diajar oleh Rasulullah dan para sahabat adalah menasihati, membimbing, dan membantu pemerintah dalam hal-hal makruf. Memberi nasihat dan menegur kesalahan secara berdepan. Bukan secara demonstrasi dan tunjuk perasaan di jalan-jalan.

Walaupun pemerintah itu zalim sekalipun, Nabi tetap tidak pernah membenarkan agar diadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sekiranya nasihat dan cadangan tidak diterima, maka sesungguhnya kita telah menyampaikan, dan nasihat-nasihat umum tetap berlangsung untuk manfaat kaum muslimin.Ini telah penulis jelaskan secara khusus lagi terperinci dalam tulisan berikut,klick disini
Bahkan ia termasuk kaedah yang telah menjadi maklum di sisi ahli sunnah wal-jama’ah. Ini antaranya sebagaimana ditegaskan imam Muhammad ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah:

الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب

“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Dari itu, bukankah undang-undang jalan raya, undang-undang lalu lintas, undang-undang larangan berdemonstrasi di jalan-jalan raya dan seumpamanya termasuk hal-hal yang makruf. Kalau bukan wajib sekalipun kerana tidak datang secara khusus dari wahyu, maka bukankah ia termasuk hal-hal yang mubah (harus) yang memiliki maslahah umum dan wajib ditaati.

Sebagaimana kaedah dan prinsip ahli sunnah tadi, setiap perintah dari pemerintah yang mubah lagi memiliki maslahah dan kebaikan awam, maka wajib ditaati..Semoga brmanfat buat renungan kita bersama sahabat2 PM semua  ..Wallahuaklam....
 


SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa supaya pendakwaan terhadap aktivis yang memperjuangkan demokrasi dihentikan serta merta ekoran penahan yang dilakukan oleh penguatkuasa semalam.

Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan aktivis tersebut hanya ingin menunjukkan rasa prihatin terhadap sistem demokrasi yang didakwanya sebagai  "tempang".

"PKR mengutuk sekeras-kerasnya penahanan aktivis di luar bangunan Parlimen yang membantah perjalanan PRU 13 yang tidak adil.

"Aktivis-aktivis tersebut hadir sebagai melahirkan rasa prihatin mereka terhadap institusi demokrasi di negara kita yang sudah tempang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim adalah antara 32 peserta 'Black 505' termasuk tiga wanita yang ditahan polis kerana merempuh kawalan polis di pintu masuk bangunan Parlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata tindakan peserta perhimpunan haram itu juga menyebabkan beberapa pegawai dan anggota polis cedera.

Dalam kejadian itu, seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul turut cedera di mata kanan dan hidung manakala seorang anggota polis IPD Dang Wangi patah gigi hadapan, terseliuh ibu jari dan tangan kiri.

Selain itu, beberapa anggota polis yang membuat kawalan juga mendapat cedera ringan.

Dalam perkembangan berkaitan, kesemua yang ditahan telah dibebaskan dari Balai Polis Jinjang awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua peserta termasuk tiga wanita itu dibebaskan secara berperingkat dengan yang terakhir pada 2 pagi selepas keterangan mereka diambil.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 9(5) dan Seksyen 4(2)(C) Akta Perhimpunan Aman 2012. Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya di Sinar harian hari ini.


Kenapa kita wajar tolak fahaman Pro Pembangkang ini? sudah tentuah kerana banyak hadis-hadis lain yang mengajarkan bagaimana seharusnya kita menjaga hubungan terhadap pemerintah Islam.
Islam mengajar mentaati pemerintah dalam hal-hal yang makruf dan tidak taat dalam hal-hal yang mungkar. Dan Islam juga mengajar kita agar tidak merampas atau menumbangkan kerusi kepimpinan para pemerintah yang menaungi kita selagi mana mereka (pemerintah) masih muslim dan mendirikan solat. Prinsip ini tidak hanya diaplikasikan pada zaman-zaman pemerintah Khulafa al-Rasyidin, Dinasti Umayyah, ‘Abbasiyyah, mahupun zaman demokrasi hari ini, bahkan sehingga sepanjang zaman selagi masih ada pemerintah Islam.Wallahuaklam

Tiada ulasan: