Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 26 Jun 2013

Kematian ADUN Kuala Besut: Tidak Perlu Pilihanraya Kecil ?

SEMOGA ROH NYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG ORANG YANG BERIMAN AL FATEHAH...

SEJAK berita mengenai kematian ADUN Kuala Besut, Datuk Dr Abdul Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru tersebar secara meluas pagi tadi, timbul banyak persoalan sama ada satu pilihanraya kecil perlu diadakan atau tidak?

Ini berikutan dakwaan sesetengah pihak mengenai kewujudan Fasal 2, Bahagian 5 yang menyebut “tiada pilihanraya kecil jika kematian ADUN dalam 60 hari selepas pilihanraya umum.”

Terlebih dahulu penulis ingin menegaskan bahawa, kita membangkitkan persoalan ini bukan soal kerana menghormati kematian Allahyarham, tapi isu ini mendapat publisiti meluas berikutan kedudukan kerusi DUN Terengganu antara BN dan pakatan pembangkang yang hanya berselisih 2 kerusi sahaja.

Menariknya, jika diadakan pilihanraya kecil dan pembangkang menang, maka kedudukan adalah seri dengan setiap parti kerajaan dan pembangkang mempunyai 16 kerusi masing-masing di DUN. Bagaimanapun mengikut undang-undang, jika keadaan ini berlaku, Speaker mempunyai kuasa untuk mengundi dan memilih parti yang mana satu.

Itu sedikit sebanyak penerangan kenapa kita bangkitkan perkara ini sekarang, bukan sebab tidak menghormati pemergian Allahyarham.

Balik pada isu tadi, penulis telah membuat carian dan kajian di Internet tapi tidak menjumpai apa-apa rujukan mengenai artikel yang dimaksudkan dalam undang-undang pilihanraya negara kita. Sebab dalam masa yang sama, Fasal 5 Arikel 19 undang-undang yang sama menyebut ”sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang dipastikan SPR”.

Tapi setelah melihat banyak juga pihak yang membangkitkan isu tersebut, mungkin ada juga kebenarannya.

Penulis bagaimanapun membuka persoalan ini kepada semua untuk berbincang mengenainya. Ini tidak ada kena mengena dengan soal takut bertanding atau tidak, tapi kerana keadaan seumpama ini jarang-jarang berlaku, kenapa tidak ilmu yang ada itu dikongsi bersama-sama untuk dijadikan rujukan dimasa hadapan.

Seperti yang dijelaskan tadilah, kalau berlaku pertandingan sekalipun dan pembangkang menang, kerajaan Terengganu masih dibawah pemerintahan BN kerana undi dari Speaker Dewan tadi. Bagi DUN Terengganu, Speaker Dewan ialah Datuk Mohd Zubir Embong, calon Parlimen BN yang tewas di Kuala Terengganu.

Lagipun penulis tidak rasa pembangkang berupaya mengalihkan majoriti 2,434 yang diperolehi Allahyarham semasa PRU13 yang lepas dalam jangka masa yang sangat singkat.


Tiada ulasan: