KENYATAAN 'panas' Menteri Dalam Negeri,nampaknya membuatkan Pakatan Pembangkang kepanasan almaklumlah sebelum ini mereka sewenang-wenangnya mempermainkan undang-undang tapi sekarang mereka ibarat tikus mondok yang dalam ketakutan berikutan tindakan tegas KDN yang baru ini yang mengambil serius setiap cubaan-cubaan puak-puak yang cuba mempersenda Kedaulatan Undang-undang Negara.
Seperti cacing kepanasan,taktik memancing simpati rakyat dirancakkan untuk menunjukkan pihak berkuasa semakin zalim terhadap mereka yang 'memperjuangkan rakyat' melalui media sosial dan blog, seterusnya menyemarakkan lagi kebencian terhadap kerajaan.

Walaupun rakyat khususnya majoriti Melayu dan bumiputera berterusan
menyokong Barisan Nasional (BN), ramai yang memendam rasa kecewa apabila
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sementara pelbagai
demonstrasi dan rusuhan cuma dibalas 'amaran' serta kenduri makan untuk
peserta rusuhan.
Rakyat kini mahukan ketegasan dalam pelaksanaan dasar keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali apabila ada gerakan 'Malaysia spring' untuk menggunakan kekerasan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Perlu dilaksanakan semua undang-undang sedia ada, termasuk Akta
Perhimpunan Aman 2012 yang setakat ini tidak nampak impaknya, agar
pesalah dilayan sebagai penjenayah dan rakyat tidak lagi dibelenggu
provokasi melampau politik jalanan.
Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Datuk Mohd. Jamil Mohd. Hassan berharap selepas ini tiada lagi 'nasihat' atau amaran kerana sudah sampai masanya untuk penguatkuasaan undang-undang.
"Kita ada undang-undang dan cukup difahami semua peringkat. Masanya sudah tiba, jangan lagi dibazirkan masa dengan menerima 'kecelakaan-kecelakaan' yang dilakukan mereka yang sengaja mempermainkan undang-undang negara kita.

"Dengan 'orang baharu' yang mengambil alih, kita berharap tiada lagi
tolak ansur dan amaran tetapi tindakan tegas terhadap orang-orang yang
sentiasa kacau keselesaan rakyat," tegasnya. Beliau bersimpati melihat
rakyat khususnya yang mencari rezeki harian terjejas secara langsung
akibat perbuatan musibah segelintir manusia yang mempunyai agenda
peribadi itu.
Tambahnya, pemansuhan ISA sebelum ini ada baik buruknya, dan walaupun
ada yang mahu akta itu dikembalikan tetapi ia tidak perlu dibangkitkan
lagi kerana semuanya sudah berlalu. "Kita masih mempunyai undang-undang
lain yang cukup untuk menghadapi pelbagai situasi, asalkan dilaksanakan
sebaik-baiknya dan akan berkesan jika tindakan tegas diambil, bukannya
berlemah lembut (dengan penjenayah)," katanya.
Menurut beliau, mereka yang membuat kesalahan dan perlu ditangkap,
tangkaplah, seterusnya segera serah kepada pihak mahkamah jika cukup
buktinya. Beliau khuatir jika diteruskan berlembut dan menangguh
tindakan tegas, maka akhirnya tiada kesan, khususnya apabila golongan
terbabit semakin 'naik minyak' daripada mahukan pilihan raya bersih
kepada mahu menggulingkan kerajaan.
"Niat buruk mahu guling kerajaan (gunakan keganasan) ini dapat dielak jika ketegasan sedia wujud dalam pelaksanaan undang-undang sepanjang masa. "Jika tegas, tidak akan dapat guling (dengan kekerasan) dan tiada sambutan. Tegas juga bukan makna bertindak kejam tetapi tindakan pantas mengikut kuasa peruntukan undang-undang sedia ada," jelasnya.

Mohd. Jamil turut menempelak pihak yang cuba meracun minda rakyat dengan
persepsi serong kononnya pihak berkuasa mahu 'tangkap dan seksa' mereka
yang terlibat, sebaliknya hanya mereka yang melakukan kesalahan akan
ditahan.
Menurutnya lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis, mahkamah, tentera dan agensi kerajaan lain perlu bekerjasama dan bersatu demi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. "Walaupun polis penguat kuasa utama untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan, semua pihak berwajib juga perlu bertindak tegas mengikut peruntukan kuasa perundangan masing-masing."

Mereka kata pihak berkuasa mahu guna kekerasan berlebihan, ini tidak
wujud pun tetapi hanya mainan persepsi. Kita cuma tidak mahu ada yang
cedera, apatah lagi maut kerana perbuatan segelintir manusia ini,"
ujarnya.
Bagi pemerhati antarabangsa dan keselamatan, Mohamad Faisol Keling pula,
pelantikan Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengetuai KDN akan meningkatkan
keberkesan kementerian tersebut khususnya mengambil kira pengalaman
beliau selaku Menteri Pertahanan sebelum ini.
"Pengalaman Ahmad Zahid menguruskan angkatan tentera akan mendorong keutamaan diberi kepada keselamatan dan ketenteraman rakyat dan KDN akan lebih berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar kedaulatan perundangan.

"Namun, KDN kini perlu beri penegasan keamanan secara komprehensif di
dua peringkat iaitu di bandar dan juga luar bandar. Ini akan menyuntik
keyakinan rakyat terhadap keamanan negara dan kedaulatan undang-undang,"
kata pensyarah Universiti Utara Malaysia itu.
Tambahnya lagi, suntikan keyakinan kepada rakyat akan membawa kepada pembangunan politik, ekonomi dan sistem sosial yang lebih stabil untuk kemakmuran negara kelak.Beliau turut menegaskan tindakan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang bukannya satu usaha menyekat kebebasan sebaliknya menetapkan satu tanda aras maksimum kesempurnaan hidup.

"Pelaksanaan undang-undang itu asas untuk masyarakat, organisasi mahupun
negara mempunyai sebuah kehidupan teratur, maka agensi dan badan
kerajaan terbabit perlu beri penegasan dalam aspek kedaulatan
undang-undang.
"Undang-undang juga dapat mengawal akhlak masyarakat agar lebih beretika dan membentuk perilaku serta kehidupan lebih bertata susila. Kalau ada sistem perundangan tetapi tidak dilaksanakan, maka akan runtuhlah masyarakat dan negara itu sendiri," ujarnya.

Mengambil contoh kecenderungan sesetengah pihak di negara ini mengadakan
demonstrasi, beliau menegaskan tidak salah melakukan bantahan selagi
tidak melanggar undang-undang sedia ada mahupun mengancam keselamatan
awam.
Mohamad Faisol turut mempersoalkan gerakan tersebut yang jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang negara tetapi menuduh pihak berkuasa kejam pula apabila tindakan perlu dilaksanakan.

"Kalau berani buat, kena berani tanggung akibatnya. Bukan dihalang pun
nak demonstrasi tetapi kenalah ikut batas-batas perundangan, Islam pun
pentingkan undang-undang sebagai garis panduan - jangan fitnah, umpat
dan buat perkara yang dilarang.
"Isu kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beberapa pemimpin mereka sendiri menerimanya (malah sudah angkat sumpah), negara luar pun iktiraf. Jika tetap mahu gulingkan kerajaan yang dipilih secara sah, bersedialah terima akibatnya," tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan