Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 29 Mei 2013

PERLUKAH KERAJAAN TAKUT BERTINDAK PADA ''READ BEAN ARMY'' ??


Kerajaan jangan memandang ringan masaalah ini dan setelah siri pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sebelum ini berhubung salah laku dan kebiadaban‘Red Bean Army’ semakin ramai yang mula sedar dan tampil membuat gesaan agar satu tindakan tegas wajib diambil oleh pihak Kerajaan. Bermula sebagai kumpulan gerakan sulit dan tersembunyi untuk memperoleh kemenangan di dalam pilihanraya raya umum, ‘tentera upahan’ DAP ini dilihat mula bertindak melampaui batas dan bersifat kurang ajar dengan siri2 seperti mengugut bunuh dan sebagainya.

Namun yang kita hairan kenapa sehingga ke hari ini, pihak berkuasa dilihat seperti memandang mudah perkara yang dibangkitkan ini baik di pihak PDRM mahupun SKMM. Sedangkan sebelum telah ramai bangkit mempertikaikan gerakan tersebut.

Sebagai contoh, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris sebelum ini mengatakan, ini bukan lagi masa untuk bertoleransi dengan sebuah kumpulan yang sering menabur fitnah memburukkan kerajaan menerusi laman maya. Ia merupakan jenayah siber yang bertujuan 'menghasut' serta mewujudkan gelombang kebencian dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tengok kerajaan China, mereka lebih agresif membendung perkara seperti ini apabila terus 'mengharamkan' penggunaan laman sosial seperti Facebook dan blog kerana didapati boleh membawa impak negatif kepada pemikiran rakyat serta keharmonian negara.

"Di negara kita yang mengamalkan dasar keterbukaan tidak 'sekejam' itu. Negara kita amalkan demokrasi, sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi mestilah dengan bukti serta fakta, bukannya semata-mata fitnah seperti dilakukan oleh ‘Red Bean Army’," katanya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula memberitahu, kerajaan mesti tegas dengan kumpulan berkenaan memandangkan mereka cuba mempromosikan trend amalan media sosial yang negatif.

"Sebenarnya saya agak kecewa kerana belum ada lagi tindakan tegas yang diambil terhadap kumpulan penyebar fitnah ini. Tiada tindak balas segera daripada SKMM dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kumpulan ini menyebabkan mereka semakin galak menabur fitnah.

"Kita ada peruntukan undang-undang dan akta yang sesuai untuk membendung perbuatan fitnah menerusi alam siber ini daripada terus berleluasa. Kita kena menggunakannya, kerajaan perlu tegas," jelasnya.

Negara jiran seperti Singapura juga baru-baru ini dikatakan akan mula mengambil pendekatan baru untuk memperkenalkan lesen kepada semua laman-laman web berita yang ingin beroperasi di negara itu. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengenakan syarat-syarat dan peraturan yang sangat ketat bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.

Menarik bukan! Dua parti yang lahir atas dasar yang sama mempunyai dasar dan polisi yang saling bercanggah antara satu sama lain. Apakah ia sekadar kebetulan atau tidak disengajakan? Jawapannya sudah tentu tidak, DAP selaku parti ‘ultra kiasu’ di negara ini akan sentiasa mendesak pelbagai peraturan dilonggarkan bagi memudahkan gerakan mereka.

Pelbagai alasan digunakan seperti hak kebebasan bersuara, kebebasan media dan sebagainya, namun ia sekiranya mereka mempunyai kuasa kelak, tidak mustahil ia akan menjadi seperti Singapura malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan mampu menjadi lebih teruk lagi.

Ini kerana sebagai sebuah parti yang lahir dari PAP, ideologi dan doktrin yang ingin mereka perkenalkan adalah sama antara satu lain.

Kesimpulannya kerajaan dan pihak berkuasa seharusnya memandang serius mengenai gerakan terancang dari kerja DAP ini. Mereka secara halus cuba mempengaruhi minda dan persepsi masyarakat agar terus membenci antara satu lain. Malah sekiranya tidak dibendung tidak mustahil bakal mengundang satu lagi episod hitam dalam sejarah perpaduan negara dan harus diingat Perpaduan itu penting demi melancarkan keharmonian dan kemakmuran Negara.

Tiada ulasan: