Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 5 Mei 2013

Majikan boleh pilih untuk beri gaji, cuti untuk hari Isnin


KUALA LUMPUR - Majikan boleh memilih sama ada memberi cuti am bergaji atau sebaliknya kepada pekerja mereka bagi cuti am esok yang diumumkan oleh beberapa negeri.


Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (TKSM) Mohd. Jeffrey Joakim berkata, berdasarkan Seksyen 60D Akta Kerja, semua pekerja layak diberi cuti am bergaji untuk 11 hari dalam satu tahun kalendar dan lima hari wajib.
"Hari wajib itu terdiri daripada Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Sultan atau Yang Dipertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan di mana berkenaan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, selain itu mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai cuti am pada tahun berkenaan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Pelepasan Am 1951, dan baki enam hari cuti am itu boleh dipilih daripada mana-mana hari cuti am yang lain.
"Berdasarkan peruntukan tersebut cuti am yang diumumkan oleh pihak berkuasa negeri di bawah Seksyen 9, Akta Hari Pelepasan Am 1951 adalah tidak terpakai di bawah Akta Kerja 1955," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: