Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 23 Mei 2013

Kementerian perlu siasat guru guna laman sosial fitnah kerajaan

Guru ini bukan semuanya bijak ada jugak yang mereng kerana mempertikaikan keputusan PRU13 berhubung dakwat kekal, menyatakan ada 'black-out', bawa lari peti undi, bawa masuk pengundi Bangladesh dengan kapal terbang dan sebagainya yang semuanya itu adalah fitnah semata-mata dan tiada satu bukti yang menunjukkan perkara itu benar dan PM sangat bersetuju dengan Menteri Besar Terengganu yang mahu guru2 ini disiasat kerana kesalahan menabur fitnah di alam maya..

Gesaan 
Datuk Seri Ahmad Said supaya Kementerian Pelajaran diminta menyiasat kegiatan guru yang menggunakan laman sosial Facebook, Twiter dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memfitnah kerajaan semasa kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebagai seorang pendidik, guru yang cenderung untuk berpolitik tidak seharusnya menyebarkan fitnah dengan memburukkan kerajaan.
"Saya rasa kesal kerana ada guru-guru yang menggunakan Facebook, Twitter, SMS (sistem pesangan ringkas) dan sebagainya mengeluarkan fitnah dengan memutarbelitkan kepada sesuatu yang tidak benar.
"Seterusnya saya dapat laporan terdapat guru-guru yang mempertikaikan keputusan PRU13 berhubung dakwat kekal, menyatakan ada 'black-out', bawa lari peti undi, bawa masuk pengundi Bangladesh dengan kapal terbang dan sebagainya yang semuanya itu adalah fitnah semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman di sini hari ini.
Ahmad berkata, seorang guru yang berfikiran sedemikian memberi gambaran bahawa golongan pendidik di negara ini belum matang dan mereka seharusnya membuat penilaian terhadap sesuatu berita yang terima atau hendak disampaikan.

Tiada ulasan: