Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 30 Mei 2013

DATUK RAJA NONG CHIK BUAT LAPORAN POLIS SALAH LAKU NURUL IZZAH !!!!

KUALA LUMPUR - Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.
Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.
"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang ini.
Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi. - BERNAMA
Pada (4/5/13) media turut melaporkan :
"Beliau (Nurul Izzah) telah mengelirukan fakta kerana tiada sebarang urusan pindah milik berlaku, jadi ia menggambarkan seolah-olah saya salah guna kuasa. Ia merupakan taktik kotor pihak pembangkang untuk memberi imej buruk terhadap saya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Apartment Putra Ria di Bangsar.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar; Datuk Adnan Md. Ikhsan, Pengarah Eksekutif YWP; Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa; dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Yah Mohamad.

Nurul Izzah menuduh Raja Nong Chik terlibat dengan urusan pindah milik tanah 12 ekar milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Bukit Kiara yang telah diberikan kepada YWP. 
Nurul Izzah turut mendakwa, YWP telah memberikan tanah tersebut kepada sebuah syarikat swasta, Kiara Mas Sdn. Bhd. yang mana ia akan dijual kepada sebuah entiti swasta selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jumlah sebanyak RM475 juta. 
Dalam sebuah sidang akhbar hari ini, Nurul Izzah mengaitkan isu tersebut dengan kes Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya Corp.) memberikan 12 daripada 62 ekar tanah kepada DBKL. 
Dalam perkembangan sama Adnan berkata, Nurul Izzah keliru apabila membuat tuduhan kerana tanah yang dimaksudkan sebenarnya adalah dua lot tanah yang berbeza. 
Lot pertama melibatkan pemberian semula tanah seluas 12 ekar yang dipajak oleh Berjaya Corp. daripada DBKL yang kini masih dalam peringkat perbincangan. 
"Terdapat cadangan dari pihak DBKL yang mahu mengekalkan tanah tersebut sebagai kawasan hijau tetapi masih dalam peringkat perbincangan, dan belum lagi diputuskan. Jadi tiada sebarang pindah milik berlaku terhadap tanah tersebut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya. 
Dalam pada itu Idris menjelaskan, lot tanah kedua seluas 12 ekar milik YWP di Bukit Kiara adalah pemberian kerajaan, berasingan daripada tanah yang dinyatakan oleh Adnan. 
Beliau berkata, ia seperti mana yang diluluskan di peringkat kabinet untuk YWP menyelesaikan masalah penempatan semula pekerja ladang estet di Bukit Kiara melibatkan 100 penduduk di situ. 
Selain itu, itu, katanya, tanah tersebut juga akan dibangunkan dengan rumah mampu milik selaras dengan sasaran kementerian bagi mewujudkan 30,000 rumah jenis itu dalam masa lima tahun. 
"YWP sedang menyediakan RFP (Permohonoan Untuk Tawaran) bagi menjemput syarikat-syarikat yang berminat untuk memberikan cadangan pembangunan kawasan tersebut. 
"Bagaimana pun YWP belum menandatangani perjanjian dengan mana-mana pihak, jadi tanah itu masih milik YWP dan tiada sebarang pindah milik berlaku. Oleh itu, tuduhan Nurul Izzah yang mengatakan bahwa tanah tersebut telah diserah oleh YWP kepada Kiara Mas adalah tidak benar dan berniat jahat," katanya baca fakta seterusnya disini

Tiada ulasan: