Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 11 Mei 2013

AZMIN BUKTIKAN KEPINCANGAN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH SELANGOR SELAMA INI


Azmin mendesak kepimpinan negeri Selangor yang bakal dipilih melakukan reformasi pentadbiran dengan menggunakan rizab bernilai RM2.6 bilion serta bersikap responsif terhadap permasalahan rakyat seperti isu jalan berlubang, sampah yang tidak dipungut, masalah bekalan air dan banjir.
Berhubung dakwaan beliau kemaruk jawatan Menteri Besar, Azmin berkata, sekiranya beliau bersikap sedemikian, jawatan itu telah pun disandangnya sejurus pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
Katanya, jawatan itu telah ditawarkan kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah PKR sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan amalan kronisme yang melampau dalam pentadbiran negeri, namun menolaknya demi menjaga kestabilan parti.
Kepincangan Pakatan Pembangkang juga dilihat sangat jelas apabila gagal menyelesaikan isu pemilihan Menteri Besar Selangor dan ketiadaan kesepakatan inilah yang membuatkan kita hairan bagaimanalah akan jadi kalu mereka menang PRU13 lalu alamatnya haru biru Negara di perlakukan sedemikian
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali (gambar) mempertikaikan surat senarai calon Menteri Besar yang dihantar oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin.
Menurut beliau, surat tersebut yang dihantar oleh Wan Azizah Ismail dibuat tanpa perbincangan dan persetujuan semua pimpinan tertinggi parti itu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Selangor.
"Saya tidak persoalkan keputusan Pas dan DAP berhubung calon Menteri Besar tetapi saya bimbang tentang keputusan surat yang dihantar ke istana tanpa terlebih dulu berbincang dengan ADUN PKR lain, yang juga satu daripada tiga komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini semalam.

Tiada ulasan: