Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 12 Mei 2013

Anwar punca PKR kalah

Wan SallehKekalahan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa berpunca daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa

Beliau turut menegaskan bahawa, akibat ketegasan Anwar supaya dirinya tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi Dun atau Parlimen Langkawi telah menyebabkan rakyat menolak kepimpinan baru.
, dirinya bertambah kesal dan kecewa apabila timbul pula khabar angin bahawa dirinya tidak bertanding semula selepas PRU12 adalah kerana sudah tahu akan kalah 
“Sebab Anwar tidak bagi saya bertanding di Langkawi, akhirnya jadi fitnah hebat di sini. Terutama sekali kepada diri saya yang dituduh ambil duit, khianat kepada parti dan sebagainya.

“Saya menyeru supaya masyarakat di luar sana dapat berfikiran terbuka bahawa tidak pernah terjadi pun dakwaan saya menerima imbuhan daripada individu tertentu,

Wan Salleh turut merayu supaya tohmahan tersebut dapat dihentikan segera sambil menegaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah berlaku terhadap dirinya.


“Jagalah imej dan nama baik saya di Langkawi. Saya telah bawa parti dengan perbelanjaan yang tinggi. Saya keluar duit yang begitu banyak untuk hidupkan parti. Tiba-tiba Anwar boleh ambil orang lain sebagai calon di situ.

“Bila tidak menang, mereka salahkan saya pula kononnya saya ini belot kepada parti sehingga kalah. Kalau rakyat sudah tidak suka, mana boleh kita paksa. Akurlah dengan keputusan itu,” katanya.

Beliau yang pernah menjadi calon bagi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU12 turut menafikan dakwaan bahawa pernah berjumpa dengan pemimpin Umno  untuk berbincang soal pilihan raya.

"Ini semua adalah fitnah dan cubaan untuk mencemarkan nama baik saya oleh pihak tertentu. Ini satu tuduhan yang paling hina dan bodoh. Saya harap agar semua masyarakat di Langkawi jangan mudah percaya dengan tomahan tersebut. Saya juga pernah diberikan tawaran oleh pihak tertentu sebelum hari penamaan calon bagi PRU13, tapi saya tidak terima sebab masih setia,” katanya lagi..

Tiada ulasan: