Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 26 April 2013

Tiga lelaki direman bantu siasatan kes letupan Bilik Gerakan

NIBONG TEBAL - Mahkamah Majistret Jawi di sini petang ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari sehingga Isnin ini terhadap tiga lelaki bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap mereka.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Jaafar selepas ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam cubaan mewujudkan suasana huru-hara dengan meletakkan dua bahan letupan rekaan di Bilik Gerakan Barisan Nasional Parlimen Nibong
Tebal di sini malam Selasa lalu dengan satu daripadanya meletup dan mencederakan seorang lelaki.
Kesemua mereka yang berusia antara 25 hingga 41 tahun itu ditahan di tiga lokasi berasingan di sekitar negeri ini pada Rabu dan Khamis lalu selepas polis menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian letupan itu.



Video pemusnahan BOM oleh PDRM semalam.

Tiada ulasan: