MUAR- Keputusan DAP meletakkan Lim Kit Siang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah sebenarnya adalah satu strategi memecahkan pengaruh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor yang dilihat mahu bertapak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketua Pemuda MCA Bahagian Bakri, Lee Ching Yong berkata, umum sudah mengetahui Johor merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan strategi meletakkan Datuk Chua Jui Meng sebagai calon di Parlimen Segamat dan bukan Gelang patah pada hakikatnya hanya mahu membunuh karier politiknya.
"Semua sudah mengetahui wujudnya masalah antara dua parti berkenaan di Johor terutama membabitkan Ketua PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng serta Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng How mengenai kerusi yang bakal ditandingi.
"Ini sebenarnya bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi cubaan membunuh karier Jui Meng yang diketahui tidak sehaluan dengan Kit Siang sejak dulu lagi selain hanya menguatkan DAP di Johor berbanding PKR," katanya pada sidang media Program Larian 21KM Maraton Muar di Pejabat Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) DUN Bentayan di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Pengerusi PKR negeri itu yang tidak bertanding di Gelang Patah mahu pun di Parlimen Bakri yang menjadi kubu kuatnya selepas mengetuai bergelar Ketua MCA bahagian Bakri selama 22 tahun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan