Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 26 April 2013

Polis buru tiga remaja baling bom petrol di Jelapang


Ipoh - Polis sedang memburu tiga remaja yang dipercayai membaling dua bom petrol ke arah Bilik Gerakan Barisan Nasional di Jelapang semalam.


Jurucakap media Pilihan Raya Umum ke-13 Kontinjen Polis Perak, Supritendan Maszely Minhad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi balai polis terdekat.
"Kita sedang menjejaki suspek melalui maklumat yang kita perolehi setakat ini. Namun ia belum mencukupi. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Akta Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua penyokong parti agar mematuhi undang-undang dan tidak sengaja melakukan kerosakan atau khianat terhadap mana-mana parti bertanding.
Dalam pada itu, Maszely berkata polis menerima 11 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dan
telah membuka tiga kertas siasatan semalam.
"Semalam, empat lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan di sebuah Bilik Gerakan di Kampung Kerunai, Gerik dan kesemua mereka kini ditahan
reman," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: