SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketinggalan zaman kerana mendakwa pemberian permit teksi individu sebagai tindakan meniru dasar Pakatan Rakyat.
Ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD) katanya, beliau pernah mengeluarkan sebanyak 3,000 permit individu kepada pemandu teksi.
“Saya ingin menasihati Rafizi supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang akan menyerlahkan sikap kurang cerdik mereka,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meniru dasar Pakatan Rakyat dan menggunakannya untuk menarik sokongan pemandu teksi supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Rafizi dipetik sebagai berkata, pakatan pembangkang juga menawarkan penyelesaian jangka panjang dan bukan hanya 'gimik politik' untuk menangani masalah pemandu teksi itu.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimanapun menyangkal dakwaan itu yang disifatkannya sebagai kenyataan menipu rakyat.
“Saya ingin menasihati Rafizi kaji dahulu sebelum buat kenyataan yang akan menyerlahkan sikap kurang cerdik mereka,” katanya.
Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2008 telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat.
Katanya, pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap kerajaan.
"Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa.
"Kualiti teksi diharap dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut,"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan