Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 27 Mac 2013

PANAS !!!! Husam tarik balik saman fitnah RM10 juta

KOTA BHARU 25 Mac - Exco kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa pemilik laman blog Papa Gomo pada tahun lalu.

Saman tersebut dikemukakan berkaitan penyiaran artikel bertajuk Gambar eksklusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll dalam blog berkenaan pada 6 Disember 2011.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri menarik balik saman tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula tuntutan itu ketika perbicaraan penuh kes itu yang bermula hari ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa selepas mahkamah ditangguhkan selama 15 minit ketika pemeriksaan balas terhadap Husam oleh peguam Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Wan Muhammad Azri.

Hakim Yazid kemudian merekodkan pembatalan saman tersebut.

Dalam kes tersebut, Wan Muhammad Azri turut diwakili peguam Parvinder Kaur Sandhu, manakala Husam diwakili peguam Hisham Fauzi.

Jasbeer yang ditemui pemberita memberitahu, Husam tidak memberikan sebarang alasan terhadap keputusannya menarik balik saman tersebut.

''Hari ini kes adalah hari pertama untuk perbicaraan penuh, pagi tadi kes dimulakan dengan Husam mula memberi keterangan sebagai saksi (plaintif) pertama, beliau memberi keterangan pada waktu pagi sehingga ditangguhkan untuk makan tengah hari.

''Lepas makan tengah hari, kami mulakan soal balas dan di pertengahannya ada beberapa isu mengenai dokumen dan pernyataan saksi selepas itu plaintif membuat cadangan menarik balik saman dengan kebebasan untuk memfailkan semula,'' katanya.

Husam memfailkan saman fitnah terhadap Wan Muhammad Azri pada 16 Februari 2012 kerana mendakwa lelaki tersebut telah menyiarkan artikel tersebut dalam lama blog beralamat http://www.papagomo.com/ pada 6 Disember 2011.

Dalam tuntutannya, Husam selaku plaintif menuntut ganti rugi RM10 juta dan permohonan maaf secara terbuka daripada Wan Muhammad Azri yang dinamakan sebagai defendan.

Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya pula menafikan beliau ada kena-mengena dengan laman blog tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan blog dan portal berita pembangkang bahawa Wan Muhammad Azri penakut kerana tidak hadir perbicaraan hari ini, Jasbeer berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkara tersebut.

''Anak guam saya tidak hadir kerana hari ini adalah kes plaintif yang mempunyai ramai saksi, bila kes plaintif habis, baru kes defendan (bermula), kami sudah maklumkan kepada hakim bahawa anak guam tidak datang hari ini dan tarikh akan datang beliau akan hadir.

''Itu adalah khabar angin (bahawa Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo), itu rekaan mereka, kami telah terima arahan untuk ambil tindakan sewajarnya dan kami akan buat begitu,'' katanya.

Tiada ulasan: