Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 7 Mac 2013

ADAKAH SABAH HAK MILIK KESULTANAN SULU?



TENTULAH JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI MARI KITA SAMA2 BACA FAKTA YANG SEBENARNYA  SABAH ADALAH MILIK RAKYAT SABAH !!!!

(http://www.malaysiakini.com/letters/223093)
----------------------------------------------
Lihat peta ini. 



Dilukis oleh BEKAS PENJAJAH SABAH, Kesultanan Sulu, melalui lelaki ini yang mengaku keturunan Sultan Sulu yang pernah jajah Sabah..

Seluruh Sabah terletak dalam lingkungan tuntutan PENJAJAH dari Sulu ini, walhal bahagian Sabah yang pernah berada dalam kekuasaan Kesultanan Sulu hanyalah bahagian timur Sabah 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=302142656581416&set=a.294791337316548.68203.294777037317978&type=1&relevant_count=1

Adakah Sabah milik Sultan Sulu atau waris2nya? Jawabnya 'TIDAK'.

Kesultanan Sulu adalah PENJAJAH ke atas Sabah. Sebelum Kesultanan Sulu, Sabah DIJAJAH oleh Kesultanan Brunei. Dan selepas Kesultanan Sulu, Sabah DIJAJAH oleh British..

Hakikatnya ialah BRUNEI, SULU dan BRITISH adalah PENJAJAH2 yang pernah menjajah Sabah. Sabah berpindah tangan di kalangan tiga penjajah ini tanpa pandangan dan suara rakyat Sabah. Kini kesultanan Sulu dan Filipina mahu kembali menjajah Sabah..

Hanya dalam Malaysia Sabah menjadi merdeka, setelah Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei bersepakat mahu membentuk negara baru bernama MALAYSIA. Singapura dan Brunei, bagaimana pun, tidak menjadi sebahagian Malaysia - Brunei menarik diri di saat2 akhir, Singapura diminta menarik diri pada 1965..

Sabah tidak menyertai Malaysia, tapi Sabah MEMBENTUK Malaysia bersama2 Malaya dan Sarawak. Tanpa Sabah tak akan ada Malaysia. Ketiga2 Malaya, Sabah dan Sarawak sama2 menyertai Malaysia serentak apabila ketiga wilayah ini sepakat membentuk Malaysia..

Ini pertama kali dalam sejarah Sabah, rakyat Sabah diberi hak, kuasa dan suara bagi menentukan kedudukan negeri mereka dalam Malaysia.

Mereka menggunakan hak, kuasa dan suara ini untuk membentuk negara baru Malaysia pada
1963, dengan hak2 negeri dan rakyat Sabah dijamin dalam Malaysia.

Sabah kini diperintah oleh rakyat Sabah sendiri dalam Persekutuan Malaysia di samping Sabah juga mempunya kuasa dan wakil dalam kerajaan pusat Malaysia. Semua ini tak ada ketika Sabah dijajah Brunei, Sulu dan British.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negeri yang diperintah oleh orang Sabah sendiri yg membiarkan hasil kekayaan buminya dirompak oleh orang2 Malaya atas nama Malaysia. Hebatnya Sabah juga adalah antara negeri2 termiskin di Malaysia, setelah 50 tahun menjadi sebahagian dari Malaysia ? Seperti maseh juga dijajah rupanya! kepada punya blogger ini anda telah berjaya membuat provokasi..tahniah!