Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 12 Februari 2013

PSY BUAT NIK AZIZ PANAS !!!!! KENAPA MEH TENGOK !!!!! OPAH GANYANG KAU NIK AZIZ !!!!!! ?

Habislah BN gara2 bantah suara Nik Aziz PSY dedah Aurat...Adoi..mana mau taruk muka ni tetapi majlis itu sungguh tidak seperti tohmahan Nik Aziz kikikikiki...

Betapa meriah dan hangatnya sambutan rakyat terhadap Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional yang berlangsung di Pulau Pinang dengan sambutan mencecah 80,000 orang, pastinya Lim Guan Eng tidak senang duduk dibuatnya, sekalipun menghantar segelintir pencacai murahannya untuk tujuan menunjukkan kekuatannya (
KLIK SINI).

Apa kata Lim Guan Eng tonton klip di bawah dan buatkan parodi terbaru "Ubah DAP Style" bersama- sama Betty Chew bersandarkan video di bawah ini dan nilaikan agak2nya mana yg menjolok mata  erk....!!!!!!!

Dalam usaha admin untuk menjejaki video persembahan Psy siang tadi, tidak terkecuali untuk turut tersenarai adalah video persembahan yang juga melibatkan lagu yang sama yang berkemungkinan dirakamkan di Juru Auto City sekitar September tahun lepas.


Sekiranya mengikut standard yang ditetapkan PAS Kedah, persembahan yang dibenarkan ini sudahpun boleh diklasifikasikan sebagai menjolok mata kerana mempamerkan bahagian mudah berahi bagi sebahagian pemimpin PAS seperti ketiak, dada dan paha sepertimana yang dinyatakan Exco Kerajaan Negeri Kedah. (KLIK SINI).

Admin percaya, dengan tindakan mengongsikan kenyataan yang dikeluarkan Exco Kerajaan Negeri Kedah itu, maka akan berduyunlah yang mengatakan bahawa undang- undang itu hanya terpakai di negeri Kedah dan tidak melibatkan Pulau Pinang.

Jikalau sebegitu, kenyataan Beliau di bawah ni berlandaskan Apa adakah kerana politik semata2 dan menghalalkan segala cara....?



Bukankah Nik Aziz hanya berkuasa di Kelantan, kenapa harus mencampuri urusan di Pulau Pinang? Sedangkan persembahan seperti klip yang dikongsikan di atas yang berlangsung pada September lepas pun langsung tidak cuba diperbetulkan olehnya.

Apakah status halal dan haram hanya dapat dikenalpasti apabila ia melibatkan Barisan Nasional sahaja? Bukankah Lim Guan Eng mahu menjalankan pemerintahan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz? Rasanya DAP juga wajar ditegur apabila aktiviti ini berlangsung.


Dimanakah ketelusan Nik Aziz selaku Murshidul Am PAS apakah hanya mengeluarkan Fatwa berasaskan keuntungan Parti sahaja tepuk dada tanya Iman....?


Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton majlis tersebut saksikan secara langsungklipvideo dibawah;

Tiada ulasan: