Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 5 Februari 2013

Fakta: Kerajaan pakatan p. pinang diterajui DAP tidak pernah membina walau satu pun rumah kos rendah


Fakta: Kerajaan pakatan p. pinang diterajui DAP tidak pernah membina walau satu pun rumah kos rendah semenjak memerintah, tp bila kerajaan pusat nak bina 20,000 rumah mampu milik, LGE tak bagi. Inilah cth negeri berkebajikan zalim sungguh DAP...
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah kesal dengan Exco Perumahan, Wong Hon Wai yang memberi jawapan yang tidak jujur di dalam dewan.

Beliau berkata, pada persidangan lalu, Hong Wai dalam jawapan kepada soalannya memaklumkan kepada Dewan bahawa tiada dana Kerajaan Negeri digunakan untuk pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. 



Bagaimanapun, pada sidang kali ini, Hong Wai berkata dengan nada lain pula iaitu menyebut agensi Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada membina rumah bagi kedua-dua kategori itu.

“Saya hanya ingin mendapat kepastian daripadanya sama ada setuju bahawa tiada dana daripada Kerajaan Negeri digunakan untuk membina rumah kos rendah dan sederhana rendah.

“Apabila Exco itu cuba mengelak menjawab pertanyaan saya, saya mengemukakan jawapannya pada persidangan lalu. Dia nampak panik apabila saya menyebut jawapan yang lalu itu. Akhirnya dia kantoi dengan jawapannya sendiri,” katanya ketika ditemui media di luar dewan semalam.

Menurutnya, Ahli Exco tidak wajar memutarbelitkan fakta ketika memberi jawapan di dalam dewan kerana ia adalah tempat yang mulia dan paling dihormati sebagai institusi penggubal undang-undang peringkat negeri.

“Dia tidak boleh pinda fakta sesuka hati sahaja. Dah lah buat silap tetapi tidak mahu mengaku kesilapannya. Sepatutnya Hong Wai meminta maaf atas kesilapan itu,” katanya.

Arif Shah berkata, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pernah membina walaupun seunit rumah kos rendah selama mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang.

“Mungkin ada rumah yang dibina pada waktu ini tetapi perancangan atau kelulusannya dilakukan pada masa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.


Tiada ulasan: