Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 14 Disember 2012

PAKATAN PEMBANGKANG ROBOH KUIL:YB KAPAR DESAK MB SELANGOR LETAK JAWATAN

YB KAPAR DESAK MB SELANGOR LETAK JAWATAN

Akhirnya ahli parlimen PKR Kapar S Manikavasagam mengakui beliau menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempat sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.

“Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan,” tegasnya.

Kenyataan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.

Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.

Namun ramai sudah menjangka, selepas ini para pemimpin tertinggi PKR akan tampil membuat kenyataan menyalahkan media sebagai satu cara mengalihkan perhatian rakyat. Lebih lebih lagi isu tersebut melibatkan sensitiviti kaum dan agama.  -Berita Harian-

YB KAPAR DESAK MB SELANGOR LETAK JAWATAN

Akhirnya ahli parlimen PKR Kapar S Manikavasagam mengakui beliau menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan jika sekiranya gagal menyelesaikan kes memusnahkan tempat sembahyang di rumah seorang penganut Hindu di Sepang.

“Sekiranya gagal menyiasat dan memberi hukuman kepada pegawai yang merobohkan, MB mesti letak jawatan,” tegasnya.

Kenyataan Manikavasagam itu mengesahkan dakwaan ketua Pemuda MIC, T Mohan yang mendakwa aktivis PKR itu mendesak Abdul Khalid meletak jawatan dalam pertemuan tertutup dengan Pemuda MIC di Putrajaya semalam.

Mohan dalam sidang media hari ini turut menayangkan rakaman video dan transkrip percakapan Manikavasagam yang menunjukkan MP PKR itu membuat desakan meletak jawatan terhadap Abdul Khalid.

Namun ramai sudah menjangka, selepas ini para pemimpin tertinggi PKR akan tampil membuat kenyataan menyalahkan media sebagai satu cara mengalihkan perhatian rakyat. Lebih lebih lagi isu tersebut melibatkan sensitiviti kaum dan agama. -
-SOS BH-

Tiada ulasan: