Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 15 November 2012

SIDANG DEWAN MUKTAMAR PAS ANGGAP ISU MURTAD KECIL GULINGKAN UMNO BESAR DI MANAKAH ISLAM ORANG PAS NI???



Walau Bagaimana pun Usul yg PAS Bawa ini sebenarnya Hanya Mainan Politik PAS sahaja maklamat nya hanyalah
1.      
Dewan Ulama Pas menganggap usaha menggulingkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ‘lebih besar‘ berbanding isu kebebasan beragama di kalangan orang Melayu yang dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) (utusan online)kenyataan pas ni melampau dan merendahkan Islam.sepatutnya Islam menjadi keutamaan kita

2.      Pas menyifatkan isu kontroversi yang dicetuskan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama dalam kalangan rakyat, termasuk orang Melayu sebagai 'satu perkara kecil'.
3.      Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, disebabkan 'perkara kecil' itulah, Pas tidak bercadang membawa isu tersebut untuk diperbincangkan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu yang sedang berlangsung sekarang.Muktamar Pas kali ini menjadi tumpuan berikutan pelbagai isu yang melumuri parti itu sejak tahun lalu termasuklah soal pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta isu pelaksanaan hukum hudud.



Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.
"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.
"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.
Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.
"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.
"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.
Pada 3 November lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?", di Subang Jaya pada 3 November.
Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.
"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah... ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya. -
 BERNAMA

Tiada ulasan: