Perhimpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara akan diperluaskan ke peringkat zon, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata ia berikutan sambutan memberangsangkan dengan kehadiran lebih 1,500 NGO pada perhimpunan itu yang julung kali diadakan dan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini
Antara ahli panel pada perhimpunan itu termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, aktivis sosial negara Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar.
“Oleh itu, kita sedang mempertimbangkan untuk meneruskannya di mana satu mesyuarat anggota sekretariat mengenai cadangan itu akan diadakan dalam masa terdekat menurut Datuk Ahmad Maslan.
“Oleh itu, kita sedang mempertimbangkan untuk meneruskannya di mana satu mesyuarat anggota sekretariat mengenai cadangan itu akan diadakan dalam masa terdekat menurut Datuk Ahmad Maslan.
“Perkara ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), di sini.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Pengerusi Sekretariat perhimpunan itu berkata kerajaan mempunyai dasar yang terancang dan NGO diperlukan sebagai pendokong supaya dasar itu dapat direalisasikan.
Bagaimanapun, beliau berkata sekretariat belum bercadang untuk menjadikan perhimpunan itu sebagai acara tahunan setakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan