Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 19 November 2012

DISEBABKAN DOA SESAT PAS HAMPIR 5000 AHLI PAS TEGAR KELUAR DARI PAS...?


Kewujudan belon gergasi ini mulai dikesan pada 15 Nov. 2012 sehingga 17 Nov. 2012. Selepas itu belon ini sudah tidak kelihatan dipercayai disabotaj atau dipotong kumpulan penyokong tegar PAS di kawasan tersebut yang merasakan kewujudan belon gergasi tersebut mampu mengugat kekuatan dan kepercayaan rakyat Kelantan kepada PAS. Oleh kerana terlalu takut puak fanatik PAS terpaksa memotong belon tersebut. 


Banner gergasi juga dipasang di belon tersebut. Berdasarkan kepada maklumat daripada orang kampung di sekitar tempat berkenaan belon ini dinaikkan sebagai manifestasi penolakan rakyat terhadap kepimpinan Nik Amar dan Nik Aziz yang kini dilihat telah lari jauh dari perjuangan asal PAS sehingga mengabaikan akidah umat Islam di negara ini. Bagi PM lah ulamak PAS NI adalah bukan Ulamak sebenar sebalik mereka bertopeng kan gelaran itu sebenarnya ini lah yang dinamakan Ulama SU' IAITU ULAMAK JAHAT

APABILA ULAMAK DIMILIKI ... MAKA JADILAH ULAMAK SU' ... SEJAHAT2 MAKHLUK. BUKANA KU YANG KATA ... RASULLULLAH YANG BERKATA:

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai ulama su' (jahat)."

Ulama su' ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda;

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”. 

Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi


1. Cinta dunia

Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.

Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).


2. Ilmu yang tidak global

Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.

Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.

Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.

Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.


3. Sudah tidak mewarisi nabi

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."

Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.

Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.


4. Ulama sudah dimiliki

Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.

Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.


5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki

Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.


6. Kejumudan dan liberalisme

Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.

Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.


7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal

Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.


8. Bekerja untuk dapat duit

Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."

Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.

Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...

Wallahu'alam..Nauzzubillah..



Muktamar PAS yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) pada 14 Nov. 2012 hingga 18 Nov. 2012 bertambah hangat dengan kehadiran belon gergasi di persimpangan Jalan Simpang 4 Pauh atau dikenali juga sebagai Simpang 4 JPJ/Panji, Jalan Hospital Kota Bharu. Kawasan ini terletak di kawasan DUN Panchor di Parlimen Pangkalan Chepa. DUN Panchor adalah kawasan Exco Kanan PAS iaitu Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Persimpangan ini juga terletak tidak jauh dari kediaman MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Muktamar PAS kali ini gamat sekali dengan tindakan adik TGNA yang mendoakan agar ALLAH menghancurkan UMNO/BN ketika menjadi imam semasa sembahyang hajat sempena Hari Kebangkitan Rakyat pada 16 Nov. 2012. Selain daripada doa muktamar kali ini juga gamat dengan desakan dari Dewan Ulama yang mendesak supaya Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang diangkat menjadi PM jika PR memerintah. Suasana bertambah gamat lagi dengan kewujudan belon gergasi ini yang dinaikkan di kawasan kubu kuat PAS. Untuk mengelak daripada mendapat perhatian rakyat Kelantan penyokong PAS terpaksa mengambil tindakan drastik dengan memotong belon berkenaan.

Jika kewujudan belon gergasi ini dijadikan kayu pengukur ia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Nik Aziz dan Nik Amar ditolak oleh rakyat tempatan. Mungkin semua pihak berasa pelik kenapa belon ini dinaikkan di kawasan Nik Amar. Nik Amar berkemungkinan akan mengantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan jika Nik Aziz bersara atau berlaku kematian. Untuk menolak Nik Amar sebagai MB Kelantan belon ini dinaikkan sebagai tanda protes. Sebelum ini kepimpinan PAS Kelantan mendapat sanjungan tinggi di negeri lain tetapi kini jelas PAS sendiri ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sebelum ia dipotong. Kalau di perhatikan dengan sebaiknya memang PAS takut terhadap kata-kata yang terdapat di banner tersebut.




Belon mula-mula dikesan dinaikkan pada 15 Nov. 2012 berserta banner yang tertulis “Melayu Bersatu, Islam Selamat”.


Banner yang dinaikkan pada hari terakhir iaitu pada 17 Nov. 2012 yang menjadi ketakutan kepada PAS iaitu tertera “ Politik Melebihi Islam? Selamatkan Akidah”. 



Bagi saya sewajarnya Pas wajib membayar harga yang tinggi diatas kesalahan2 mereka kerana jelas lari dari ajaran dan sunnah2 nabi mereka ini tergolong dalam golongan Ulama 

SAH LAH YANG PAS FASIK DAN TERGOLONG DALAM PARTI ORG2 KAFIR Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud:

Yang dimaksudkan dengan mengutuk ialah mendoakan orang lain agar mendapat kecelakaan. Mengutuk ini adalah satu perbuatan yang terlarang kita lakukan sesama muslim. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud: "Mencaci orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir."

KERANA TAMAKKAN KUASA MEREKA SANGGUP MENGETEPIKAN SAUDARA ISLAM MEREKA

HARI DEMI HARI NIK AZIZ MENCARI KEUNTUNGAN POLITIK DGN MENJUAL NAMA ISLAM


Sebut saja nama Nik Aziz ramai yang fobia dan mengatakan dia seorang Ulamak dan marah apabila saya cuba menegur apa yang saya rasa benda yang dia buat tu.Biasalah kalau orang bertanya saya jawab lah haaahaaa bagi saya ramai lagi orang yang berkelayakan untuk digelar Ulamak yang saya rasa cara dan pembawakan nya jelas mempunyai ciri2 seorang Ulamak.


Dan kegilaan sesetengah ahli-ahli politik untuk berkuasa dan menjadi pemimpin Islam dengan mencipta slogan-slogan indah untuk menarik sokongan rakyat, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan perpaduan dan persaudaraan sesama muslimin. Idealisma perjuangan mereka yang kononnya memperjuangkan Islam dan keadilan dicemari dengan kata nista kotor dan caci-mencaci demi menagih sekeping undi.

Harus disedari bahawa kuasa politik bukan segala-galanya, hingga perlu direbut dengan apa harga sekalipun dan walaupun dengan mengorbankan prinsip dan nilai akhlak. Malangnya bagi sesetengah ahli politik , perpecahan ini terutama di kalangan umat Islam merupakan satu peluang keemasan untuk mereka mencapai cita-cita kotor mereka. Bahkan mereka sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi mengukuhkan lagi kedudukan mereka.



Berapa ramai umat Islam begitu menjaga hubungan dengan Allah (hablu minallah) tetapi pada masa yang sama mengabaikan hubungan sesama manusia (hablu minannas). Sedangkan asas bagi ajaran Islam bukanlah sekadar membina hubungan dengan Allah semata-mata, tetapi kita juga wajib mengukuhkan hubungan sesama manusia apatah lagi sesama muslimin. Ikatan ukhwah yang kukuh, memberi kekuatan kepada ummah keseluruhannya. Begitu banyak ayat-ayat Allah dalam Alquran dan hadis-hadis nabi SAW yang mengajak kepada perpaduan dan persaudaraan sesama Islam, tetapi kenapa perpecahan juga yang berlaku dikalangan kita umat Islam? 



Perpecahan umat Islam berlaku juga hanya kerana perbezaan pendapat dan mazhab-mazhab tertentu. Bahkan di tanah air kita sendiri yang mengamalkan mazhab Imam As Syafie pun berpecah kepada beberapa kumpulan. Malahan sesetengah kumpulan sanggup mengkafirkan satu kumpulan yang lain hanya kerana sedikit perbezaan pendapat. Bagi mereka sesiapa yang tidak menyertai, menyokong dan bersetuju dengan mereka dianggap "kafir" dan menentang Islam. Bahkan ada yang sanggup menumpahkan darah sesama saudara dan sesetengahnya sanggup berperang. Inikah "BALA" yang Allah turunkan kepada Umat Islam yang berpecah belah..?


Tiada ulasan: