Pembangkang hari ini asik nak membohong rakyat jer setiap hari,mereka sanggup berbohong dalam pembentangan bajet mereka yang sebenarnya begitu banyak menyembunyikan fakta-fakta di mana sekiranya ia dikaji semula, bajet tersebut hanya akan menambah defisit dan meningkat hutang negara melebihi had yang sepatutnya.sebagai Rakyat kita wajib bijak yang mana tipu daya pembangkang yang hanya mahu memancing undi sahaja tanpa memikirkan keburukan yang bakal ditanggung Negara Admin memang bersetuju benar dengan apa yang diperkatakan oleh.Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bajet pembangkang hanyalah semata-mata bajet untuk menyedapkan halwa telinga rakyat tanpa mendedahkan hakikat sebenarnya bahawa negara boleh jatuh bankrap sekiranya bajet tersebut dilaksanakan..yang diperkatakan oleh beliau amat2 Admin sokong 100% kerana jika kita lihat pada fakta memang ini mustahil dilakukan pihak pembangkang
Menurut Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan lagi“ Beliau rasa amat kecewa bagaimana Pakatan Pembangkang boleh berbohong kepada rakyat secara terang-terangan. Mereka minta rakyat telan bulat-bulat segala unjuran bajet yang mereka bentangkan, sedangkan segala bajet yang dibentangkan itu tidak langsung berpijak di bumi yang nyata.
“Bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong sebesar ini semata-mata untuk menyakinkan rakyat demi meraih undi dengan memperjudikan keseluruhan nasib rakyat di negara ini? Jelas kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan sikap pemimpin yang sebegini agar kita tidak tertipu dan menyesal di kemudian hari,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, bajet ini bukanlah bajet untuk PIBG, sekolah atau koperasi, sebaliknya ia adalah bajet untuk sebuah negara, di mana nasib rakyat di negara ini bergantung kepada kemakmuran ekonomi negara.
“Masa depan kita, anak-anak dan keluarga jelas bergantung dengan sejauh mana dengan pertumbuhan ekonomi negara. Jika inilah bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang, ia secara terang dan jelas boleh memudaratkan ekonomi negara dan masa depan rakyat Malaysia itu sendiri,” ujarnya lagi.
Menurut beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin boleh membohongi rakyat dengan bajet Pakatan Pembangkang itu tetapi fakta dan angka yang didedahkan mengenai kepincangan bajet mereka itu tidak boleh menipu.
“Angka dan fakta yang kami dedahkan ini bukan hanya sekadar satu anggaran, tetapi ia adalah angka yang sebenar dan tepat berdasarkan pengiraan yang betul. Angka dan fakta ini bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh kerajaan sebaliknya ia adalah maklumat yang boleh diperolehi oleh semua rakyat di negara ini. Rakyat boleh melihat sendiri samada apa yang kami dedahkan ini benar atau tidak,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan hutang PTPTN, gaji minimum sebanyak RM 1100.00 dan lain-lain, tidaklah lain hanyalah bajet semata-mata untuk meraih undi dari rakyat.
Sedangkan hakikat sebenarnya menurut beliau lagi, banyak perkara yang tidak disebutkan di dalam bajet mereka itu yang sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi dan institusi sosial negara.
“Mereka juga mendakwa, dengan bajet itu mereka dapat mengurangkan defisit negara kepada 3.5 peratus, sedangkan hakikatnya bajet tersebut sekiranya dilaksanakan defisit negara akan meningkat dengan lebih tinggi iaitu sebanyak 7.2 peratus. Hutang negara juga akan meningkat kepada 57.8 peratus melebihi had maksimum Akta Pinjaman Domestik iaitu 55 peratus,” tegas beliau
Rakyat Malaysia sekarang haruslah bijak menilai kerja2 yang kerajaan buat bukannya mudah diperdaya oleh pihak pembangkang yang hanya bermotifkan dendam,dan kekecewaan mereka sahaja yang ingin memecah belahkan keharmonian sejagat oleh yang demikian mari kita sama2 berjuang menentang anasir jahat yang hanya pandai menabur fitnah tanpa bermodal kan apa2 kecuali air liur sahaja renung2kan lah sahabat-sahabat PENDEKAR MELAYU sekalian.....
Rakyat Malaysia sekarang haruslah bijak menilai kerja2 yang kerajaan buat bukannya mudah diperdaya oleh pihak pembangkang yang hanya bermotifkan dendam,dan kekecewaan mereka sahaja yang ingin memecah belahkan keharmonian sejagat oleh yang demikian mari kita sama2 berjuang menentang anasir jahat yang hanya pandai menabur fitnah tanpa bermodal kan apa2 kecuali air liur sahaja renung2kan lah sahabat-sahabat PENDEKAR MELAYU sekalian.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan