Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 7 September 2012

PAKATAN SELAMBA PEGANG NENEN 1000ORANG DI TEMPAT AWAM

MEMANG KURANG AJAR VIDEO NI elok jugak di report  KLU TAK HEEHEE
               

Ni video geng 2 pakatan jahat yang tak perlu jadi ikutan kita kalau kat tempat aku lah dah lama mamat ni kena halau kiiikiiikii.Budaya macam ni tak mustahil jadi di Malaysia jika seks songsang tidak dibendung dari sekarang



Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, dengan megahnya mengumumkan bahawa TIADA lesen rumah urut yang dikeluarkan kerajaan PKR dan semua rumah urut yang ada telah mendapat lesen dari kerajaan BN. Jumlah lesen yang dikeluarkan BN adalah 571.Berdasarkan statistik di atas yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan,Penipuan Terhebat: Selangor Tak Pernah Keluarkan Lesen Rumah Urut, Pusat Hiburan


Bukan sahaja di kalangan umat Islam yang begitu sensitif dengan perkara ini yang merasa terganggu, tetapi juga kaum Cina dan India yang lebih terbuka dengan ‘hiburan’ juga merasa tidak senang. Contohnya, apabila NGO yang diwakili kaum Cina juga mula bersuara mengenai hal ini sejak 2010 lagi. Dan pada 2011, mereka telah membuat aduan rasmi mengenainya namun tidak diendahkan oleh kerajaan negeri. 
Pada tahun 2009 juga, muncul satu blog yang menawarkan urutan ‘gay’ di sekitar sheramas, ampang jaya, damansara dan seluruh Selangor secara ‘on-call’. Begitu hebat sekali industri mengurut di Selangor yang bukan sahaja berkembang biak tetapi mengalami evolusi yang hebat sekali. 
Tentu sekali tidak semua rakyat Selangor boleh menerima perkara ini sebagai satu lagi ‘hak asasi’ yang diperjuangkan PR. Lalu keresahan di kalangan rakyat pun meningkat. 
Sekali lagi ditekankan, iaitu sebelum 2008, tiada rungutan dari rakyat atau mana-mana NGO mengenai ‘percambahan’ rumah urut di sekitar negeri ini. 
Dalam senarai yellowpages, terdapat hampir 400 rumah urut yang berdaftar dan bolehlah dianggap yang semuanya wujud sejak zaman BN. Ini bermakna yang lebih kurang 100 lebih lagi tidak berdaftar dengan yellowpages. Tidak salah juga untuk kita menganggap yang semua yang berlesen dan berdaftar benar-benar menawarkan khidmat urutan secara jujur.
Mengikut aduan yang dibuat oleh Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia, Profesor Dr. Clara Chee pada 1 Julai 2011, di Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut, 200 di Klang dan berpuluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya. Ini sahaja sudah menghampiri jumlah 400 buah pusat urut. 
Baiklah, Ronnie boleh menuduh semuanya wujud sejak zaman BN dan termasuk dalam senarai yang 571 yang berlesen. 
Tetapi bagaimana Ronnie boleh menjelaskan pusat-pusat urut di bangunan-bangunan yang baru ‘tumbuh’ selepas tahun 2008 seperti di Puchong, USJ, Seri Kembangan, Ara Damansara, Tropicana, Sunway Damansara, Bangi, Kajang dan beberapa tempat lain di Selangor? Jika satu-satu kawasan ini terdapat 30 – 50 rumah urut mengikut kiraan rambang sekali pandang, maka senang-senang kita boleh mendapati lebih 500 jumlah keseluruhannya. 
Dan semua rumah urut di bangunan-bangunan baru ini tidak mungkin termasuk dalam 571 rumah urut yang mendapat lesen dari kerajaan BN, iaitu sebelum 2008. 
Justeru, dengan menafikan yang kerajaan Selangor ada mengeluarkan lesen kepada mereka, apakah Ronnie secara langsung mengesahkan bahawa mereka semuanya beroperasi tanpa lesen? 
Atau dalam ertikata lain apakah Ronnie ingin mengesahkan bahawa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan exconya atau kerajaan Selangor sendiri dalam isu rumah urut ini? 
Hakikatnya, rakyat bukan bodoh dan bukannya buta. Jika kita berjalan di waktu malam, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedia jelas iaitu deretan rumah urut di hampir semua bangunan-bangunan komersial di Selangor. 
Jika hanya 571 rumah urut yang bertebaran di sekitar Selangor sepertimana yang wujud ketika pemerintahan BN, tentunya kewujudannya tidak sebegitu ketara dan rakyat juga tidak mungkin akan menjadikannya isu besar. 
Jelas, rumah urut di sekitar Selangor adalah jauh berlipat ganda sejak PR mengambil-alih berbanding dengan jumlah lesen yang dikeluarkan BN iaitu 571. Dan majoritinya pula bukannya jujur menawarkan urutan kesihatan. 
Ronnie Liu pastinya buta jika tidak dapat melihatnya, dan pastinya bodoh jika menganggap yang rakyat boleh diperbodohkan. Dan apa yang pasti, Ronnie Liu pastinya bukan seorang pemimpin yang baik jika benar beliau mempunyai ‘perjanjian tertentu’ dengan tauke-tauke rumah urut sehingga membolehkan mereka beroperasi tanpa perlu mendapatkan lesen. 
Ronnie tidak boleh lari dari memperjelaskan perkara ini, jika tidak, kerajaan PKR Selangor akan kekal dipandang sebagai tidak lebih dari hanya boneka kepada kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Selangor
Tapi yang peliknya dalam satu kenyataan setiausaha MDKS mengakui beliau ada mengeluarkan lesen ini terbukti melalui sebuah media apabila soalan ini diajukan. 
Apakah tiada peraturan tertentu yang menetapkan jumlah pengeluaran lesen pusat urut di sesuatu kawasan menyebabkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tiada kuasa untuk mengehadkan bilangan premis terbabit di daerah ini?.



Setiausaha MDKS, Azahari Sairin berkata, tiada penetapan jumlah kuota lesen terbabit menyebabkan 10 pusat urut refleksologi kaki di daerah ini yang berdaftar dibuka sehingga kini.


Menurutnya, pihaknya akan meluluskan sebarang permohonan membuka pusat urut selagi syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan Daerah Kuala Selangor dipatuhi kononnya.


Tiada ulasan: