Ng suee lim mengarahkan pnyokong2 nye mmbuat kacau di rumah terbuka NGO di tanjung karang...tapi yg best nye DS noh omar siap jemput diaorng makan..terbaik la DS noh omar... sian dia kena basuh ngn DS Noh Omar dan apabila mereka dimalukan dgn penjelasan DS mereka cuba buat kecoh plk kiikiikii lain kali klu nk provok tu biarlah benda yang betul....SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG KAWAN PENDEKAR RAKAM SEMALAM DI LOKASI KEJADIAN...
- Penyerahan memorandum tersebut telah disampaikan oleh Adun Sekinchan, Ng Swee Lim dan disertai kira-kira 90 orang penyokong yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri Selangor.Diantara isi kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut sebenarnya sudah lama terjawab tetapi mereka masih mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) adalah untuk mengaut keuntungan sendiri.
- Menurut DS NOH OMAR "Beliau telah berbincang dengan pihak negara Cina bahawa penternak sarang burung walid Malaysia meminta tidak mahu RFID dan ia telah dipersetujui, tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan?.Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, penternak rumah burung walit hanya perlu mendaftar kan rumah tersebut dengan pusat vaterinar dan isu ini tidak ada kene mengena pada penternak hanya pada pengeksport.
- Sebenarnya para penternak tidak faham mengenai isu ini, sebab itu anda timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari kabinet," katanya ketika menjawab salah satu memorandum yang dibuat oleh persatuan tersebut di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Di Perkarangan Pejabat Umno di sini hari ini.
- DS Noh menjawab persoalan yang dibuat oleh pihak pembangkang itu selepas memorandum tersebut dibacakan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit Malaysia, Lim Lai Soon.
- DS NOH turut menjawab mengenai persetujuan yang akan ditandatangani dengan negara Cina pada 20 September ini."Persetujuan ini perlu bagi mengelakkan harga sarang burung walit terus merundum. Dahulu, harga mencecah RM6, 000 dan kini jatuh sehingga RM1, 500.
- "Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700, " tambahnya lagi ketika membidas memorandum tersebut.
- Tambah Noh lagi, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak mengambilberat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
- "Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.Kami (kerajaan) sentiasa tunaikan janji kami kepada rakyat," katanya.
- Sesi menjawab berakhir apabila Ng Siew Lim dan pengikutnya merasa teramat malu kerana penjelasan DS NOH begitu padat dan tepat,dan akhirnya mereka cuba membuat kecoh supaya dapat melarikan diri dan mereka pergi begitu sahaja dengan kemaluan yang besar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan