Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 6 Ogos 2012

PAS HARUS JAWAB PENDIRIAN TUNTUTAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!! ?



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata melalui enakmen itu, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.


Penyebaran dalam bentuk bahan bercetak, video dan penulisan tidak dibenarkan kerana akan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam terhadap kegiatan mereka," katanya ketika mengulas isu pelancong asing yang menyebarkan fahaman Kristian di Pulau Pinang yang dilaporkan akhbar

Menurut laporan itu, dua lelaki yang dipercayai pelancong asing cuba menyampaikan ajaran agama mereka ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.
Jamil Khir menasihati mereka yang menjalankan kegiatan itu agar memahami terlebih dahulu peraturan majlis agama di negara ini dan perlu mematuhinya agar tidak dikenakan tindakan undang-undang

Majlis Agama Islam negeri melalui peruntukan enakmen sedia ada boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pendakwah agama lain yang cuba menyebarkan fahaman mereka kepada umat Islam.


kita bersyukur kerajaan masih mengambil berat masaalah penganut agama lain yang cuba memurtadkan umat Islam cuba kita renungkan apa akan jadi jika pakatan rakyat yang memerintah Malaysia,Pakatan langsung tidak mengamnil berat isu murtad ini dan mereka memperjuangkan kebebasan beragama baru2 ini Dto Dr Hassan Ali ada menegur mereka yang berbunyi;-

Pas digesa tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Kristian Malaysia - merujuk kepada senarai prinsip bernegara yang disenaraikan.

Lapan prinsip disenaraikan dalam kenyataan dikeluarkan pada 18 Julai lalu di mana prinsip terakhir merujuk kepada kebebasan beragama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Ini kerana, prinsip tersebut dilihat sebagai satu tuntutan keterlaluan dan di luar lingkungan perlembagaan yang sudah dipersetujui bersama sebelum merdeka.

Perkembangan itu disifatkan mungkin membuka lebih banyak ruang tuntutan yang tidak munasabah, yang akhirnya akan mencetuskan kekacauan, huru-hara dan ketidakstabilan dalan negara.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada sidang medianya hari ini beranggapan tuntutan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi ia akan merungkai asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang.

Saya ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat? Sekiranya bersetuju, maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan adakah PAS juga sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat bersetuju melaksanakan tuntutan itu?" katanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan pendirian tidak mempunyai masalah dengan tujuh lagi prinsip bernegara yang disenaraikan Persekutuan Kristian Malaysia itu.

Tiada ulasan: