Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 27 Mei 2014

MALAYSIAKINI PANDAI BERMAIN KOTOR WAR WARKAN CERITA BERNIAT HASUTAN DALAM PENAFIAN

TELUK INTAN Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menggesa Malaysiakini menarik balik laporan di mana seorang ibu tunggal mendakwa dia telah diminta mengundi BN dalam pilihan raya kecil Sabtu ini, selepas diberikan wang tunai dan barangan keperluan oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua pegawai eksekutif yayasan tersebut, Datuk Rafek Reshidullah berkata perkara itu tidak benar, palsu dan satu fitnah terhadap Shahrizat yang juga pengerusi YKN.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, P Panjalay (kanan) dari Taman Semarak, Teluk Intan, berkata Shahrizat melawat rumahnya, dan memberi bantuan berupa wang tunai RM500 dan lampin pakai buang, dan merayunya mengundi calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Panjalay berkata beliau tidak pasti sama ada wang itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau daripada Umno.

Rumahnya adalah satu daripada dua lawatan berjadual yang diatur untuk Shahrizat yang juga penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kebajikan dan hal ehwal wanita.

Shahrizat nafi dakwaan

Shahrizat kemudiannya menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau membuat lawatan dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Kebajikan Negara.

Rafek, dalam satu kenyataan semalam, mendakwa kes Panjalay telah diluluskan oleh YKN sejak bulan Disember lalu bagi meringankann bebannya untuk membesarkan tiga anaknya yang merupakan OKU, dan Rafek sendiri menyampaikan bantuan lampin pakai buang dan bantuan perubatan kepada Panjalay.

"Yayasan Kebajikan Negara Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan dan dakwaan yang tidak berasas tersebut sekiranya pihak Malaysiakinigagal menurunkan kenyataan tersebut," kata Rafek dalam kenyataannya itu.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata lamanweb berita itu mempunyai dasar tidak akan menarik balik laporan selepas ianya disiarkan, sambil menambah, "Kami telah memasukkan penafian Shahrizat dalam berita kita semalam."

Dan ini bermakna mereka cuba bermain dengan minda pembaca yg jelas cerita sebegini memesongkan pemikiran pentaksubnya dan ADMIN pm syor kan tindakan Mahkamah sekali lagi dikenakan kepada portal yang baru2 ni didapati bersalah atas kes lain sebelum ini

Yammy tiada pendirian ,sanggup berbohong demi anaknya

Yummy bersungguh-sungguh menyokong pelaksanaan hudud oleh Pas Kelantan, tetapi setelah anaknya dipilih sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, serta merta juga beliau menolak hudud.
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan kecewa dengan sikap berdolak-dalik Yammy Samat dalam menyatakan pendiriannya mengenai status keahlian beliau dalam pertubuhan Melayu itu.
Pengerusinya, Mohd Fauzi Muhammad berkata, selain kecewa, beliau juga terkejut dengan bekas Ketua Wiranita Perkasa Perak itu yang sanggup menggadai maruah Melayu demi kepentingan politik diri dan anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud.
Katanya, Yammy tidak perlu takut atau malu untuk membuat pengakuan yang beliau adalah ahli Perkasa kerana anaknya, Dyana sudah berjaya menanam kepercayaan DAP kepada mereka sekeluarga.
“Cuma yang kita kesal, apabila ditanya mengenai keahliannya dalam Perkasa, sekejap dia menafikan dan sekejap dia mengaku sebagai ahli. Walau dia mengaku dari awal sekali pun, tidak akan menjejaskan kepercayaan DAP terhadap Dyana.
“DAP sudah jatuh hati dan amat sayang sekali kepada Dyana, sebab bagi mereka, Dyana satu-satunya anak muda Melayu yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan parti itu.
“Kenapa Yammy perlu risau atau takut hendak berterus terang dari awal lagi mengenai statusnya dalam Perkasa? Takut DAP membatalkan hasratnya hendak menjadikan Dyana sebagai calon pilihan raya keci?” 
Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Yammy yang hendak membatalkan keahliannya sebagai ahli Perkasa bagi memastikan perjuangan Dyana dalam DAP tidak terganggu.
Yammy dilaporkan berkata, beliau tidak lagi mempercayai ideologi Perkasa, selain menganggap pertubuhan itu sebagai NGO suruhan UMNO.
Menurut Mohd Fauzi, Yammy tidak perlu memberi alasan dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Perkasa jika mahu keluar dari pertubuhan itu.
“Beliau dan sesiapa sahaja boleh pada bila-bila masa keluar dari Perkasa sekiranya merasakan dirinya atau jiwanya tidak sesuai dengan perjuangan NGO Melayu ini.
“Jika banyak sangat memberi alasan, nanti Yammy akan menanggung malu pula sebab rekodnya sepanjang menjadi ahli dan pemimpin Perkasa di Perak pun bukan baik sangat,” katanya.
Mohd Fauzi yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong di Kelantan menjelaskan, kalau Yammy sanggup berbohong demi anaknya, tidak mustahil sikap sedemikian akan menjadi kebiasaan baginya jika ditakdirkan Dyana berjaya di Parlimen Teluk Intan.
Biasanya, kata beliau, jika dalam Perkasa dan UMNO pun boleh menipu, tidak mustahil sepanjang bersama DAP pun perbuatan sama boleh berlaku.
Beliau memberi contoh, ketika Yammy dalam Perkasa, bekas Wiranita itu bersungguh-sungguh menyokong pelaksanaan hudud oleh Pas Kelantan, tetapi setelah anaknya dipilih sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, serta merta juga beliau menolak hudud.

PANAS !!!PENYOKONG TAKSUB PAKATAN PEMBANGKANG KATA TAK HARAM MAKAN COKLAT ADA BABI.

Habis semua hukum agama dibantai oleh pentaksub pakatan pembangkang ni,sudah mula meraban mengutuk umno dalam status fb nya,demi memperjuangkan agenda bebalnya sanggup mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kan terpapar kelakuannya yang kelihatan menggugat akidah kita sebagai umat islam.
Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat catburry yang di haramkan serta merta oleh Jakim baru baru ini.
Menurut pentaksub pakatan pembangkang ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik.
Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa…
Anak siapalah ni ye kalau bukan anak pembangkang ,tak gitu sahabat pm? Kalau tahu siapa ibu bapanya mintalah mereka hantar anak belajar agama sebab sesat sangat dah ni akibat terpedaya dengan mainan politik pas dap dan pkr yang semakin merapu sekarang.

Kereta dibakar untuk hapus bukti – Polis

KETUA Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim melihat keadaan kereta yang dipercayai terbabit dalam kes langgar seorang anggota polis pada sidang media di Kepala Batas.
KEPALA BATAS: Polis mengesahkan Toyota Wish yang ditemui di ladang kelapa sawit di Ara Kuda di sini petang semalam, sengaja dibakar kumpulan penjenayah untuk melupuskan bahan bukti.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata kenderaan berkenaan yang terbakar hampir 60 peratus terutama di bahagian dalamnya dipercayai ditinggalkan oleh penjenayah yang terbabit dalam kes rompakan di Parit Buntar, semalam.
Beliau berkata, hasil maklumat awam, polis dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan dan memadam kebakaran pada Toyota Wish berkenaan.
 ”Semakan dilakukan terhadap nombor casis kenderaan mendapati Toyota Wish itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, Perak tahun lalu,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Justeru, katanya, kenderaan ini dibawa ke IPD SPU untuk pemeriksaan forensik.
“Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

VIDEO :PRK TELUK INTAN: Dyana Sofya nampakkan kebodohan penyokongnya dengan kempen berselfie

TELUK INTAN – Belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini sesi bergambar atau istilah baru ‘berselfie’ dengan calon diadakan sebagai satu cara untuk memancing pengundi .
Tetapi Admin pm pelik melihat gelagat calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang perasan cantik ni dengan mencetuskan tanda tanya pada kita semua apabila dia mengadakan sesi tersebut di Dataran Teluk Intan Menara Condong dengan dihadiri lebih 500 anak muda untuk bergambar dengannya dan untuk menambahkan kebebalan mereka ni perkara sebegini menjadi ikutan bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
Hanya kerana Dyana Sofya kononya cantik menjadi gelombang baru yang digunakan oleh DAP untuk menyuburkan dan mengukuhkan pegangan mereka terhadap Malaysian Malaysia, konsep yang sama sekali menolak, menafikan dan sangat perkauman terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam, maka dia menjadi sanjungan.

Sedangkan sepanjang berkempen untuk tempoh beberapa minggu ini, Dyana Sofya lebih banyak bertumpu kepada masyarakat Cina di kawasan bandar, bercakap bagi pihak Cina-Cina kaya dan orang berkepentingan, menampilkan diri sebagai ikon untuk memujuk golongan muda agar memilih hiburan dan keseronokan serta terang terangan menolak hudud jika di bentangkan di parlimen nanti.



Paling menarik perhatian umat islam pada Dyana ini apabila Dyana Sofya sanggup menjadi orang yang bermuka-muka, dari tidak bertudung kepada berselendang dan bertudung apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu atau berucap di atas pentas PAS, menjadi tersangat liberal sehinggakan boleh berkempen di dalam kedai menjual daging babi


Adakah pentaksub Politik pakatan pembangkang sudah semakin meninggalkan kepentingan agama sehinggakan mereka mudah terpedaya untuk berfikir dalam membuat pertimbangan sewajarnya untuk menilai siapa Dyana ini dan bagi admin pm di hanyalah sebagai talibarut bangsanya sendiri sahaja jadi gunakanlah akal secantik minda nescaya cahaya kebenaran terserlah jua
MELAYU MUDAH LUPA !!!!!

DYANA AGEN PERKASA YANG CUBA CARI UNTUNG MEMULAKAN TAPAK POLITIK DENGAN STRATEGI HEBAT ?

PRKTELUK INTAN: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku hari ini yang ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).
Hari ini Dyana bertanding atas tiket DAP melawan kerajaan sedia ada. Dalam tempoh 2 atau 3 tahun, Dyana akan umum keluar parti dan menyokong kerajaan BN ? Ada logiknya ini di kuatkan lagi dengan ibunya yang jelas masih memerlukan Umno hingga enggan meletakkan jawatan ibarat sambil menyelam minum air dan akhirnya ibu Dyana akan pastikan yang kerajaan berikan jawatan senator kepada anak beliau atas jasa keluar DAP dan sokong BN.
Dan perkara ini jika jadi kenyataan seperti yang berlaku sebelum ini dimana sejarah seperti Ezam Nor, Lokman Adam dan beberapa bekas pemimpin pembangkang yang menjadi anak emas kerajaan gara gara keluar dari Dap...Hebat strategi ibu calon DAP Teluk Intan

TELUK INTAN
: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, akhirnya mengaku hari ini yang ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).
Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan cakap-cakap mengenai perkara itu, turut mengaku pernah membantu ibunya mengendalikan sesi pendaftaran keanggotaan PERKASA pada 2008.
“Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota PERKASA ketika itu, dan saya pula masih belajar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pada masa itu ibunya meminta beliau membantunya mengendalikan pendaftaran keanggotaan PERKASA.
“Ya, ketika itu beliau terbabit dengan PERKASA tetapi selepas beberapa bulan beliau meninggalkan pertubuhan itu kerana tidak lagi percaya dengan PERKASA,” katanya.
Dyana Sofya berkata demikian apabila diminta mengulas penyebaran gambarnya membantu Yammy pada majlis pelancaran laman web PERKASA dan kempen keanggotaan pertubuhan itu pada 2008.
Menyentuh kedudukan ibunya sebagai anggota jawatankuasa pertubuhan itu, beliau berkata status ibunya itu hanya sebagai jawatankuasa penaja memandangkan ibunya meninggalkan pertubuhan itu sebelum mesyuarat agung pertamanya.
“Saya tidak pasti sama ada beliau adalah anggota berdaftar PERKASA sebelum AGM itu…ibu saya seorang ahli UMNO, saya bukan. Beliau mungkin terbabit dengan PERKASA, saya tidak. Mungkin ini tidak harus jadi isu,” katanya.
Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan bahawa Dyana Sofya menafikan yang ibunya pernah menyertai PERKASA, malah mendakwa ibunya tidak menyertai mesyuarat pertama pertubuhan itu.
Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan bahawa Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman, mendedahkan Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan PERKASA apabila dilantik sebagai Ketua Wiranitanya yang pertama.
Hamidah berkata, maklumat itu diperoleh daripada Setiausaha PERKASA, Syed Hassan Syed Ali yang mengatakan Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan itu sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010