Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 25 Julai 2013

MARI TENGOK MUKA KELUARGA INDIVIDU YANG KURANG AJAR HINA @TUN MAHADHIR DI BULAN RAMADHAN INI

Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah

Akibat dari sikap hasad dengki dan mempunyi moral yang rendah serta menjijikkan sanggup memfitnahTun Mahadhir tanpa bukti ingat Helfiz insan yang awak hina tu antara tokoh kesayangan dan disanjung oleh Negara negara Islam kerana kehebatannya, seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Semasa pemerintahan UMNO diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, semua orang tahu bahawa Tun adalah pengkritik hebat kekejaman yahudi di serata dunia terutamanya di Palestin. Ramai yang tahu bahawa Tun Mahathir merupakan penasihat kepada Yasser Arafat dalam usaha menegakkan kerajaan Palestin yang sah.

Itulah sebabnya setiap kali berlakunya kekejaman regim zionis di bumi Palestin, Yasser Arafat akan tiba di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Tun Mahathir. Malahan Yasser Arafat pernah berjanji bahawa sekiranya bumi Palestin berjaya dibebaskan dan menjadi negara berdaulat, Tun Mahathir akan menjadi orang pertama yang akan dipelawa untuk bersolat di Masjidil Aqsa bersama-sama umat Islam Malaysia. Tun Mahathir menjadi simbol harapan kepada rakyat Palestin.

Tun Mahathir pernah menimbulkan ketakutan di kalangan pihak yahudi apabila mantan Perdana Menteri Malaysia itu mengatakan dan mendedahkan bahawa yahudi memerintah dunia menggunakan proksi.

Apabila Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, orang-orang Yahudi merasa lega kerana ini bermakna Tun tidak akan memimpin OIC. Pertubuhan Islam itu dan dunia Islam menjadi lemah selepas ketiadaan Tun Mahathir untuk menghalang cita-cita Yahudi. Yasser Arafat pula akhirnya meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis. Beliau dikatakan telah diracun oleh perisikan yahudi.

Ramai yang bertanya bagaimanakah dan dari manakah Anwar Ibrahim memperoleh wang yang begitu banyak untuk menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang lalu? Dikatakan bahawa wang yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim mengatasi wang yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.

Semua orang tahu bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ramai rakan yahudi yang bercita-cita untuk memusnahkan kerajaan Islam di Malaysia.. Cuba lihat apa yang telah berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lebanon, Iran, Syria dan banyak lagi negara Islam. Semuanya dimusnahkan oleh yahudi.

Di Malaysia, Anwar Ibrahim adalah anak emas Yahudi. Beliau disokong penuh oleh yahudi seluruh dunia. Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik yahudi. Ingat tak kita pada si kitol yang telah menjadi petualang semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511?

Si kitol lah yang telah memberitahu rahsia pertahanan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis dan beliau jugalah yang telah membuka pintu pertahanan Melaka bagi membenarkan tentera Portugis merobek pertahanan Melaka. Hari ini kita boleh membetulkan kesilapan silam dengan menyekat sikitol zaman ini iaitu Anwar Ibrahim. Jika tidak Yahudi akan menjajah kita. Ingatlah!

Mangsa curah bahan bakar

JOHOR BAHRU: Siasatan awal kes kebakaran sebuah rumah di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi petang semalam mendapati seorang daripada ahli keluarga berkenaan mencurah bahan bakar dari ruang tamu hingga ke dapur.
Seorang daripada tiga mangsa yang mati terbakar itu dipercayai individu yang mencurah bahan bakar terbabit.
Untuk berita penuh berkenaan isu ini sila lihat rangkuman penuh di buletin 8malam TV3 malam ini jangan lupa erk sahabat PM semua 

MANGSA MERCUN BUATAN SENDIRI CEDERA DI MATA

MANGSA MERCUN BUATAN SENDIRI...Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Bunut Susu, Pasir Mas, di sini cedera di mata kanan dan melecur di sekitar mulutnya apabila bermain mercun buatan sendiri, semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Nur Hakim Mohd Nawi, 11, dari Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas, cuba membuat bunga api dengan menggunakan belerang daripada mercun jenis bola dan pasir yang dimasukkan ke botol air mineral.
Bapa mangsa, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, berkata, anak kesembilan daripada 12 beradik itu kemudian mencucuh mercun buatan sendiri itu dengan menggunakan kertas surat khabar.
"Saya difahamkan dia ingat mercun buatannya itu akan menjadi seperti suar tapi tak sangka ia meletup dan mencederakan dirinya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), tempat anaknya menerima rawatan di sini hari ini.
Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, yang melawat kanak-kanak itu berkata kecederaan yang dialami mangsa telah dirawat namun pihaknya masih belum mengetahui sama ada mata mangsa dimasuki pasir atau tidak.
"Kita akan buat pemeriksaan lanjut. Dia kini berada dalam keadaan stabil,” katanya sambil menambah kes itu yang kedua diterima hospital berkenaan bulan ini.

Alvin dan Vivian dibebaskan dengan empat syarat

VIVIAN MINTA SOKONGAN PM...Selepas pasangan kontrevesi Alvin dan vivian dibebas dengan ikat jamin pandai pula dia masuk blog Admin mintak sokongan supaya support dia haaahaaa nak gelak pun ada pada vivian ini tapi jangan haraplah senang senang PM nak beri sokongan dan tunggulah hari perbicaraan nanti tapi itu jika betul Vivian yang komen rasanya tu bukan dia kot heeeheee saja bagi komentaruk nama vivian kot heeehee
Harapan kita belum terputus lagi untuk melihat pasangan ini menerima balasan yang setimpal kerana baru bebas dijamin bukan nya bebas tuduhan kes menghina Islam.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pasangan kontroversi Alvin dan Vivian dibebaskan dengan jaminan dengan menyertakan empat syarat yang harus dipatuhi.
Hakim Datuk Mohd. Azman Hussin memutuskan kedua-dua tertuduh Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Hee dan Lee May Ling (Vivian) diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan masing-masing dua orang penjamin.
Keputusan itu dibuat setelah Peguam bela, Choong Joo Tian yang mewakili pasangan kontroversi Alvin dan Vivian memfailkan permohonan semakan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat lalu.
Menurut Mohd. Azman, empat syarat yang dikenakan termasuk kedua-dua tertuduh hendaklah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Selain itu, kedua-dua tertuduh dilarang memuat naik apa-apa gambar lucah dan provokatif serta penulisan atau komen dalam internet termasuk telefon pintar dan seumpanya untuk tujuan sama yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
Mereka juga perlu mendaftarkan diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan.

TIGA MENINGGAL DUNIA DALAM KEJADIAN KEBAKARAN DI KUALA LUMPUR

AJAL DALAM TIDUR...Semua insan sedang gembira menantikan syawal bakal tiba tidak lama lagi akan tetapi tidak bagi keluarga yang malang ditimpa bencana apabila rumahnya hangus dan 3 terkorban dan ada yang tercedera dalam satu trajedi kebakaran semalam

Tiada apa yang mampu PM ucapkan selain ucapan takziah kepeda ahli keluarga arwah dan semoga tabah dengan dugaan yang menimpa dan marilah sama sama kita hadiahkan A-Fatehah buat arwah dan kita memohon kepada Allah S.W.T jika ada sebilang bilang pahala dari bacaan kita dapatlah diberikan kepada Arwah semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman Amin...

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang semalam dikhabarkan, mangsa yang dikenali sebagai Ain, 26, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui dalam keadaan separuh rentung bersama dua mangsa lain berhampiran pintu depan rumah teres itu manakala dua penghuni lain yang melecur terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.
menurut seorang jiran tetangga yang dikenali sebagai Noraini beliau berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan sebaik keluar mendapati rumah jirannya sedang terbakar.

“Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum menelefon bomba sambil menyiram hos getah ke arah rumah mangsa,” katanya.
Foto
KEADAAN rumah didiami tiga bersaudara hangus terbakar.

Sementara itu, ibu saudara seorang daripada mangsa, Fadillah Rajab, 41, berkata, tidak menyangka perubahan sikap anak saudaranya dikenali sebagai Ain, 26, yang banyak berdiam diri berbanding sebelum ini yang suka menyanyi dalam van ketika dalam perjalanan ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kota Kecil, di sini, menjadi petanda dia akan meninggal dunia.

ANALISIS PRK KUALA BESUT 10FITNAH PAS KEPADA KERAJAAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

OLEH:BERUANG BIRU

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2. Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan ladang limau

9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

Panas! Wanita Gila Ini Pula Hina Agama Islam ?

Kecoh pula sekarang mengenai seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam menerusi laman Facebooknya.

wanita hina islam facebook, makcik sitt al-wuzara hina islam, gambar adlin binti abd jalil, adlin binti abd jalil, gambar makcik hina islam di facebook, biodata adlin binti abd jalil

Adlin binti Abd Jalil dengan menggunakan alias Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara, telah menghina agama Islam menerusi laman Facebooknya suatu masa dulu dan PM cuma nak tahu sahaja adakah barua ini sudah dihadapkan kemuka pengadilan,dan aku yakin ini bukan Identiti orang Islam sebaliknya menyamar sahaja mohon disiasat siapa dia ini

wanita hina islam facebook, makcik sitt al-wuzara hina islam, gambar adlin binti abd jalil, adlin binti abd jalil, gambar makcik hina islam di facebook, biodata adlin binti abd jalil

Penghinaan yang dilakukan Adlin Binti Abd Jalil adalah melampau apabila bukan sahaja menghina Islam malah dia turut juga menghina Nabi Muhammad SAW. Dibawah adalah gambar kenyataan Adlin Binti Abd Jalil di Facebooknya

wanita hina islam facebook, makcik sitt al-wuzara hina islam, gambar adlin binti abd jalil, adlin binti abd jalil, gambar makcik hina islam di facebook, biodata adlin binti abd jalil

wanita hina islam facebook, makcik sitt al-wuzara hina islam, gambar adlin binti abd jalil, adlin binti abd jalil, gambar makcik hina islam di facebook, biodata adlin binti abd jalil

Diharap agar pengguna Facebook dapat melaporkan perkara ini kepada pengendalli Facebook.com supaya akaun Makcik Sitt Al-Wuzara ini dipadam selamanya.

Selain itu, diharap juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pejam mata akan kes ini.

Sumber