Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 25 Julai 2013

MANGSA MERCUN BUATAN SENDIRI CEDERA DI MATA

MANGSA MERCUN BUATAN SENDIRI...Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Bunut Susu, Pasir Mas, di sini cedera di mata kanan dan melecur di sekitar mulutnya apabila bermain mercun buatan sendiri, semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Nur Hakim Mohd Nawi, 11, dari Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas, cuba membuat bunga api dengan menggunakan belerang daripada mercun jenis bola dan pasir yang dimasukkan ke botol air mineral.
Bapa mangsa, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, berkata, anak kesembilan daripada 12 beradik itu kemudian mencucuh mercun buatan sendiri itu dengan menggunakan kertas surat khabar.
"Saya difahamkan dia ingat mercun buatannya itu akan menjadi seperti suar tapi tak sangka ia meletup dan mencederakan dirinya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), tempat anaknya menerima rawatan di sini hari ini.
Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, yang melawat kanak-kanak itu berkata kecederaan yang dialami mangsa telah dirawat namun pihaknya masih belum mengetahui sama ada mata mangsa dimasuki pasir atau tidak.
"Kita akan buat pemeriksaan lanjut. Dia kini berada dalam keadaan stabil,” katanya sambil menambah kes itu yang kedua diterima hospital berkenaan bulan ini.

Tiada ulasan: