Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Memaparkan catatan dengan label azmin ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azmin ali. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

AZMIN HENTAM ANWAR SECARA HALUS BERHUBUNG ISU GST

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Rabu menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.
Berbeza nada dengan rakan seperjuangannya yang lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berkata pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.
Bagaimanapun menurut anggota Parlimen Gombak itu, Malaysia dilihat masih belum bersedia untuk melaksanakan cukai baharu itu kerana lebih 40 peratus rakyat mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dengan 80 peratus daripadanya adalah orang Melayu dan Bumiputera.
“Sudah pasti, jika dilaksanakan GST akan menekan golongan dalam kelompok berpendapatan rendah dan rakyat miskin,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Beliau berkata dalam pelaksanaan sistem percukaian itu, perhatian tidak sewajarnya diberi kepada golongan miskin tegar samata-mata, tetapi juga kepada golongan yang mempunyai bebanan hutang yang tinggi termasuk pekerja muda, pasangan yang baharu berkahwin dan juga mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.

GST (Goods & Services Tax)
FAKTA SEBENAR YG ANDA PELU TAHU KEBENARANNYA


Malah, katanya, FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius, manakala Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna menyatakan lebih 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang sekaligus mengesahkan beban dan kesempitan hidup generasi muda dan rakyat secara keseluruhannya.
Azmin turut menyarankan satu reformasi sistem percukaian yang bersifat meluas dan komprehensif digubal segera bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara.
Azmin dalam hujahnya berkata dalam pelaksanaan GST, kerajaan perlu memperbetul falsafah dan matlamatnya agar menjurus kepada menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros berbelanja.
“Pendek kata, GST bertujuan untuk mengagihkan semula atau mempelbagai, dan bukan meningkatkan bebanan cukai…bukannya berobjektifkan memperoleh pendapatan RM27 bilion,” katanya.
Katanya kerajaan perlu belajar daripada negara maju di mana negara terbabit hanya mula melaksanakan GST selepas infrastruktur cukai sudah kukuh di samping kadar cukai pendapatan juga turut dikurangkan bagi memastikan rakyat tidak terbeban. 

Khamis, 26 September 2013

VIDEO AZMIN ALI MARAHKAN KHALED IBRAHIM BERHUBUNG MASJID DAN BOLA

MARAH betul AZMIN ERK Hik...hik hik...rupanya sama sahaja dengan Pemuda PAS Selangor yang mula berani mempertikaikan kelembapan pemikiran kuno Khalid Gagap dalam mengendalikan wang hasil negeri. 


Ditanya pasal perkembangan bola sepak negeri yang dilihat semakin merudum dan ramai pemain berbakat dari Selangor sudah berpindah, mulalah Khalid memberi pilihan kepada Pemuda PAS terbabit sama ada mahu memilih pembangunan Masjid ataupun Bola Sepak.

Hebat Khalid Gagap ni. Boleh pulak nak samakan antara masjid dengan bola sepak. Padahal dua-dua perkara ini boleh dianggap penting. Satu untuk pembangunan insaniah, satu lagi untuk pembangunan rohaniah. Apa masalahnya?

Khalid dakwa simpanan negeri Selangor bernilai berbilion-bilion ringgit. Tapi adakah untuk disimpan??

Kenapa Khalid terlalu jaga sangat DUIT RAKYAT!!

Duit kerajaan negeri Selangor juga adalah duit rakyat!! Jadi, Khalid harus bijak sikit lah nak bahagi-bahagikan duit rakyat Selangor. Kami juga bayar cukai. Kami juga mahukan pembangunan masjid mahupun bola sepak.

Kalau setakat pergi Bangkok bawa exco untuk bermesyuarat di sana boleh pulak. Tapi kenapa apabila rakyat mahukan dana yang berbillion itu disalurkan kepada bola sepak negeri amat berat?? Adakah wang rakyat Selangor hanya untuk kepentingan para exconya sahaja?
gelak jangan tak gelak hikhikik gelk untuk percakaran Azmin dan Khaled gagap