Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 29 Mei 2015

INI GUAN ENG PUNYA KUASA BANYAK BESAR ITU PAS ADA BERANI KE ?

lim_guan_eng_300
KUALA LUMPUR: Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat ibarat ‘retak menanti belah’ kerana sikap saling mempercayai sudah tidak wujud.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, PR ditubuhkan atas sikap saling hormat menghormati, saling mempercayai dan sentiasa memberikan komitmen tinggi.
“Namun, semua perkara yang dinyatakan itu tidak wujud lagi,” katanya.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau akan terus mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekiranya diperlukan atas kapasiti parti bukan individu.
“Saya tidak peduli sekiranya kritikannya itu akan memberi kelebihan kepada Hadi dalam meraih undi di Muktamar Tahunan Pas.
“Ini bukan masanya untuk Pas memberitahu apa yang perlu saya lakukan kerana saya bercakap atas kapasiti parti,” katanya.

Senarai pemimpin DAP dan PKR yang memiliki saman trafik tertunggak

rafizi
Kenapa PR menentang sekeras kerasnya AES selama ini ?mungkin inilah jawapannya
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, didakwa memiliki saman trafik tertunggak berjumlah RM2,400.
Saman itu dikeluarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana kesalahan memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
Pengguna laman sosial berkongsi dokumen yang mengandungi butiran lengkap saman-saman itu termasuk nombor kenderaan tarikh dan lokasi kesalahan dilakukan.
Pendedaham itu menambah senarai pemimpin DAP dan PKR yang memiliki saman trafik tertunggak.
“YB Lapiji (Rafizi), sila bayar lapan saman berjumlah RM2,400.00. Pelaksaan AES secara rasmi telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada September 2013. Jadi, anda tidak boleh mengadu lagi soal kroni di dalam AES lagi,” tulis seorang pengguna Facebook, Lim Sian See.
Bukan itu sahaja, Sian See secara sinis turut menggesa supaya polis segera memberkas Ahli Parlimen Pandan itu.
“Polis mai tangkap YB Lapiji (Rafizi),” tulisnya.
Mengulas dakwaan itu, Rafizi berkata, dia belum menyemak status terkini jumlah saman trafik yang belum dijelaskan.
“Saya belum semak,” katanya yang hanya menjawab menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana sedang mengikuti persidangan Dewan Rakyat.
Beberapa akhbar berbahasa Cina telah membuat pendedahan yang menunjukkan beberapa pemimpin DAP dan PKR mempunyai banyak saman trafik tertunggak.
Timbalan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Kam Hoo, dilaporkan mempunyai 76 saman trafik sejak 2004.
Pemangku Pengerusi DAP juga Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, mempunyai 70 saman.
Ketua Publisiti DAP juga Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua, memiliki 16 saman.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dilaporkan mempunyai 12 saman, Bendahari Agung DAP, Fong Kun Lun (lima), Naib Pengerusi juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tiga) dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tang Seng Giaw (tiga).
Dua pemimpin PKR, Tian Chua yang memiliki 53 saman manakala seorang lagi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar memiliki 14 saman.
Pendedahan saman tertunggak pemimpin DAP dan PKR itu dibuat sebagai serangan balas oleh MCA apabila Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mendedahkan Datuk Seri Liow Tiong Lai memiliki tiga saman tertunggak dan mendesak polis menangkap Presiden MCA itu.

Khamis, 28 Mei 2015

Najib jawab lagi kritikan terhadap GST, dakwaan Dr Mahathir

NAJIB hari ini menjawab kritikan yang dibuat terhadap beliau dan kerajaan dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab lagi kritikan yang dibuat terhadap beliau dan kerajaan, dengan memberi fokus kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan dakwaan yang disuarakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam catatan terbaru beliau melalui blog NajibRazak.com, Najib berkata: “Ia adalah sambungan kepada FAQ (soalan lazim) sebelum ini.” Pada 17 Mei, Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan berkenaan serta maklum balas beliau melalui blog itu, antaranya tuduhan berkaitan isu Altantuya dan 1MDB. Dalam respons beliau mengenai kritikan terhadap GST, Najib berkata: “Saya faham bahawa beberapa kebimbangan disuarakan mengenai GST yang diperkenalkan.
“Bagaimanapun, sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya untuk membuat keputusan yang betul bagi seluruh rakyat Malaysia, walaupun ia mungkin kelihatan sukar ketika ini. Najib berkata, ketika ini hanya seorang dalam setiap 10 orang rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan dan oleh itu, adalah penting kerajaan meluaskan asas percukaian demi kebaikan ekonomi untuk jangka panjang.
“Lagi pun, adalah penting untuk dimaklumkan bahawa 23 peratus daripada hasil kerajaan ketika ini datangnya daripada minyak dan gas. “Seperti yang dapat kita saksikan daripada kejatuhan teruk harga minyak global baru-baru ini, Malaysia tidak mampu mengekalkan pertumbuhan dan pembangunannya berdasarkan aliran hasil itu semata-mata. “Inilah sebabnya kami mengumumkan satu pembaharuan terhadap sistem percukaian, dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.
“Pengenalan GST akan membantu kita dalam membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih lestari dan telus: Ia akan mengurangkan defisit kita, membantu kita melabur untuk masa depan kita dan menolong memacu ke hadapan pembangunan negara kita,” katanya. – BERNAMA

Rabu, 27 Mei 2015

PAS YAKIN DAPAT TARIK SOKONGAN BUKAN MELAYU TANPA DAP

Pas tidak memerlukan Dap untuk meraih undi orang bukan Melayu itu adalah kekuatan yang ada pada Pas jika dilihat dari ulasan yang dibuat oleh pemimpin pas Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan ini

Sebaliknya pimpinan Dap pula berkata sebaliknya bahawa mereka bersama Pas seolah olah hanya mahukan undi orang melayu sahaja ini jelas menimbulkan pelbagai persoalan mengapa hingga sekarang Pas masih terhegeh hegeh duduk di bawah telunjuk DAP jika benar mereka memperjuangkan parti untuk ahlinya admin pm sarankan agar mereka buktikannya dengan keluar dari Pakatan serta merta

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat parti itu tidak tidak perlu lagi bergantung kepada DAP untuk mendapatkan sokongan golongan bukan Islam.

Formulanya adalah dengan memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) iaitu tempat untuk ahli bersekutu PAS dari golongan bukan Islam.

Jelas Nasaruddin meskipun DAP begitu ghairah mencipta alasan untuk menolak perjuangan Islam yang dibawa PAS, sikap tersebut tidak dikongsi oleh keseluruhan golongan bukan Islam di negara ini.

“DHPP mempunyai pasaran luas dan medan yang lebar untuk beraksi dan bertindak sebagai salah satu sayap penting kepada PAS. Usia yang muda berbanding sayap Ulama, Pemuda dan Muslimat tidak menjadi alasan untuk DHPP mara sebaris dengan dewan-dewan yang lain bagi mengimbangi kekuatan PAS masa kini.

“Saya sendiri menaruh harapan serupa agar DHPP makin bertenaga dan proaktif. Sehinggalah orang bertanya bagaimana hubungan PAS dengan ‘non muslim’ (bukan Islam), maka kita yakin menjawab ‘DHPP Kan Ada!’,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya pada Isnin.

DAP sejak kebelakangan ini dilihat banyak menyinggung PAS dalam beberapa perkara termasuk pendirian memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bantahan keras terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan hati Abdul Hadi kini bersama UMNO, hanya jasad yang ada bersama Pakatan.

Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa ia disebabkan Ahli Parlimen Marang itu bukan sahaja gagal menyertai kempen tetapi juga tidak menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh pada 7 Mei lalu.

"Ini cukup jelas menunjukkan hanya tubuh yang tinggal bersama pembangkang tetapi hatinya bersama UMNO.

"Jadi kenapa mahu susah, kalau ada keinginan, tinggalkan Pakatan," katanya di lobi Parlimen Isnin.

Serangan bertubi-tubi DAP terhadap Hadi dilihat sebagai usaha akhir untuk berkempen dalam pemilihan PAS Jun ini. 

Aisyah tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi terkilan dengan Pas yang kononnya memperjuangkan Isla

Aisyah rela di pecat

PETALING JAYA: Penyanyi, Aishah, bersedia dipecat daripada Pas berhubung kritikannya terhadap kepemimpinan parti itu yang telah disebarkan secara meluas di media.
Katanya, dia juga sedia dikecam oleh mana-mana pihak kerana teguran itu adalah perasaan ikhlasnya terhadap pergolakkan yang sedang berlaku dalam Pas.
Aishah menjelaskan, luahan tidak puas hati terhadap kepemimpinan Pas itu adalah sebahagian daripada perbualan dalam kumpulan WhatsApp dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
“Untuk pengetahuan semua, kenyataan yg tertera di bawah bukanlah sebahagian dari ucapan I di mana2…ianya ialah sebahagian dari ‘perbualan’ I dlm group whatsapp yg telah diviralkan.Seingat I, kami masa tu tengah berbincang tentang definasi ulamak, I ditanya TUC kenapa masuk PAS, macam2 lagi dibincangkan secara baik.
“Memang itu perasaan I yg ikhlas tentang pergolakan PAS sekarang, tapi ianya dibuat dlm group whatsapo yg sepatutnya tertutup.So, kalau rasa nak kecam2 kecamlah, nak pecat sama sekali pun terpulanglah….” tulisnya di status Facebook.
Aishah meluahkan kekecewaan terhadap pemimpinan Pas yang didakwanya tidak lagi selari dengan slogan Pas For All.
Malah, slogan itu kini menjadi satu jenaka disebabkan tindak tanduk sesetengah pemimpin Pas.
Katanya, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi terkilan dengan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi bergaduh sesama sendiri.
Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi utama kumpulan Aishah and The Fan Club sebelum bergerak secara solo.
Setelah berhijab, dia menyertai Pas pada 2012 dan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Aishah dicalonkan menentang Tan Sri Isa Samad di Parlimen Jempol tetapi kalah.
Akhbar Sinar Harian pada Isnin pula melaporkan, ahli Pas mendesak parti memecat tiga ikon Pas iaitu Leman Raja Lawak, Aishah dan Mejar Zaidi Ahmad kerana mengkritik kepimpinan Pas. – FMT

Selasa, 26 Mei 2015

Akar umbi PAS meluat dengan DAP – Tuan Ibrahim


PETALING JAYA: PAS menggesa sekutunya daripada DAP supaya tidak bermusuh dan menghentikan serangan terhadap parti itu demi kepentingan Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli PAS kini begitu ‘meluat’ dengan sikap DAP yang secara berterusan menyerang PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Serangan bertali arus DAP terhadap PAS telah menimbulkan satu keadaan yang sangat tidak selesa dalam hubungan Pakatan Rakyat.
“Tindakan DAP ini sedang menolak Pakatan Rakyat ke ambang perpecahan. Isu serangan bertali arus DAP terhadap PAS amat meluatkan akar umbi PAS,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai konflik berpanjangan antara DAP dan PAS khususnya selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Hadi berkelakuan seperti pemimpin Umno.
Malah DAP juga sebelum ini turut memutuskan kerjasama dengan Hadi namun mahu kekal bersama PAS dalam pakatan pembangkang.
Hadi sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan keras bahawa PAS sedia memutuskan hubungan dengan DAP kerana bukan parti itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim yang juga calon bagi jawatan timbalan presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini berkata, perbalahan antara DAP dan PAS akan membawa kesan dalam Muktamar PAS ke-61 nanti.
Katanya ahli PAS akan terus mempertahankan kewibawaan parti walaupun ketika menjalinkan kerjama dengan DAP dan PKR.
“Maruah PAS sebagai parti berwibawa perlu dibela. Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS.
“Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.
“Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

BARU MENEGUR DAH KENA PECAT DENGAN PAS !!! PADAN MUKA TU LAH SOKONG LAH LAGI


ALOR SETAR – Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.
Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.
Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.
“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.
Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.
“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.
Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.
“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.
Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.
Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.
“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.
Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.
“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.
Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.
“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the same without him’.

Isnin, 25 Mei 2015

AISYAH KECEWA- BIDAS AKHLAK HJ HADI YANG BURUK DAN MEMALUKAN ?

Hangat media sosial bilamana nampaknya Aisyah membidas Pas yang dianggapnya sudah tidak mencerminkan satu contoh yang baik pada orang bukan Islam di mana beliau amat terkilan sehinggakan terpacul bahasa bahasa yang pastinya amat pedih untuk didengan golongan totok totok pas pada hari ini
Menurut Aisyah sebagai orang baru dalam Pas, Aishah berkata, dia terkejut dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang dilabel ulama tetapi menggunakan bahasa kesat.ermmm baru tau ke kak Aisyah kita orang dah lama tau huuhuu takkan lupa kot dia mana ada dulu pemimpin besar pas mencilako kan orang benda ni dah lama berlaku masih tercari cari jalan sebenar ke erm
Jom sahabat Admin PM kita lihat luahan hati kak Aisyah yang benar benar kecewa dengan perjuangan pas yang dianggapnya dulu memperjuangkan Islam dan baru kini beliau nampak mana yang betul mana yang salah
“Sebagai org baru…sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama… rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat. Sekarang maki hamunnya …, ” katanya seperti dilaporkan beberapa blog pro Pakatan Rakyat.
Petikan luahan Aishah itu disebarkan secara meluas di laman sosial dan hangat dibincangkan di kalangan penyokong pro ulama dan liberal dalam parti itu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam program dialog “Bicara Harakah” minggu lalu dilaporkan mengunakan perkataan kesat “tolol” bagi merujuk kepada pihak yang menuduhnya mahu berpecah dan tidak mahu hadir mesyuarat Pakatan Rakyat.
Aishah berkata, dia tidak kecewa dengan perjuangan Islam tetapi kecewa dengan perkembangan yang berlaku dalam Pas yang kononnya memperjuangkan Islam.
Katanya, sikap pemimpin yang bergaduh sesama sendiri membuatkan orang bukan Islam hilang hormat terhadap parti itu.
“Saya tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam…ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan…respect has to be earned not commanded from…”, katanya.

DAP BAKAL HANCUR GARA GARA HINA HJ HADI

Pas sepatutnya sedar akan statusnya saling tak tumpah seperti pelakon tambahan dalam drama politik pembangkang yang selalu akur kepada sutradaranya iaitu DAP dan PKR.
PAKATAN  BAKAL HANCUR tidak lama lagi dan ianya akan disahkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Selangor bulan depan perkara ini dilihat bakal menentukan hubungan dan kerjasama PAS dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang,iaitu DAP yang dikatakan HJ Hadi bahawa telah bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan penelitian dan kajian tertentu.
“Dia (Abdul Hadi) telah memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.
“Apa pun kita tunggu muktamar (PAS bulan depan)dan pm berharap jangan lah seperti kebiasaannya dimana akhirnya Pas tunduk dengan kemahuan Dap dimana diakhir cerita sama berulang kembali
 Selepas lebih dua bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengannya akhirnya Pas mula bersuara dan perkara ini jelas sememangnya telah lama berlaku dimana Tahaluf Siyasi antara pas dan Dap jelas merugikan kita
Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor,dan di harap dengan keberanian Pas dapat menyelamatkan Partinya dari di tindas oleh Dap yang selama ini bongkak bagaikan mereka lah yang paling berkuasa menentukan hala tuju parti pembangkang

Status wang 1MDB : MOF jawap tuduhan Tun M

NAJIBKUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa jawapan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disediakan oleh pegawai kementerian berkenaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia menjelaskan dokumen mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura itu ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat daripada syarikat berkenaan.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan meminda jawapan asal yang dibuat pada 10 Mac lepas supaya tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.
“Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara itu,” katanya.
Sehubungan itu, ia menyifatkan sebagai tidak wajar dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Najib, yang juga menteri kewangan, berbohong.
“Lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberi oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh pegawai.
“Kementerian Kewangan pun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang,” kata kenyataan itu. – Bernama

Selasa, 12 Mei 2015

Telco perlu masa penyesuaian GST ke atas prabayar

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) memberi sokongan penuh ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam usahanya untuk menentukan penyelesaian terbaik bagi isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) ke atas perkhidmatan prabayar mudah alih.
Bagaimanapun, mereka berpendapat, perlaksanaan ini memerlukan masa kerana ia melibatkan banyak pihak dalam ruang lingkup sistem prabayar itu sendiri seperti proses mengemaskini bahagian belakang, latihan untuk barisan hadapan serta penyediaan bahan komunikasi untuk pengguna.
“Pasaran prabayar adalah satu ekosistem yang kompleks. Oleh itu, ia akan menjadi satu cabaran bagi mana-mana penyedia perkhidmatan mudah alih untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan dalam notis yang pendek,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), U Mobile, Wong Tuck Heang.
Nilai rantaian ini menjadi lebih rumit dengan pelbagai pilihan pengisian tambah nilai prabayar seperti kad fizikal, tambah nilai secara maya, Internet dan perbankan mudah alih serta mesin ATM, katanya.
Sembilan puluh peratus daripada pelanggan U Mobile adalah pengguna prabayar dan 10 peratus lagi terdiri daripada pascabayar.
U Mobile sekarang ini mempunyai lebih daripada 11,000 peniaga tradisional dan 31,000 saluran pengedaran alternatif di seluruh negara yang terdiri daripada kedai runcit, rangkaian kedai elektrik kedai, pasar raya besar dan pasar raya.
“Walaupun terdapat cabaran ini, U Mobile adalah komited untuk memberi sokongan ke atas menteri dan akan memberi tumpuan dalam mendapatkan persediaan pengedaran bahagian belakang bagi berkhidmat untuk para pelanggan kami,” kata Wong.
Maxis Bhd turut mengulangi pendapat yang dikemukakan oleh U-Mobile. Menurut firma itu, ia memerlukan masa yang mencukupi untuk menyusun semula sistem dan bekerjasama dengan peruncit daripada pihak ketiga, penjual semula dan ejen jualan.
“Membuat apa-apa perubahan baru termasuk melaksanakan GST ke atas tambah nilai prabayar akan melibatkan kerumitan sama ada dalam penyusunan semula sistem atau lain-lain aktiviti.
“Ini juga termasuk dalam usaha yang perlu dibuat secara besar-besaran bagi menukar tiket tambah nilai daripada semua titik sentuhan fizikal, yang perlu dilakukan secara manual, peniaga dengan peniaga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Bhd, Morten Lundal.
Sehingga 31 Mac ini, Maxis mempunyai 8.992 juta pelanggan prabayar, manakala segmen pascabayar terdiri 2.823 juta pelanggan.
Menurut Lundal, Maxis bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan lancar CBP ke atas caj tambah nilai prabayar.
“Kami akan terus memberi sokongan penuh kepada Menteri, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan penyelesaian terbaik yang boleh dicapai untuk faedah pelanggan dan industri,” katanya.
Digi Telecommunications Sdn Bhd dalam penjelasannya memberitahu, bahawa kesukaran ini juga melibatkan pengalaman pelanggan yang berterusan serta kesinambungan perniagaan DiGi yang merentasi 15,000 titik sentuhan.
“Dengan majoriti 45 juta pengguna mudah alih di Malaysia yang menggunakan prabayar termasuk mereka yang mempunyai berbilang kad sim, kita berhutang kepada mereka ini terutama dalam membuat keputusan yang pantas dan muktamad,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Albern Murty.
Digi menggunakan masa lebih daripada lapan bulan bagi membuat pelarasan sepenuhnya untuk perlaksanaan GSTpada 1 April lalu.
Satu lagi syarikat telekomunikasi, Celcom Axiata Bhd, yang mempunyai hampir 10.2 juta atau 78 peratus pelanggan prabayar, berkata, masih terlalu awal untuk