Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 21 Mei 2014

PRK BUKIT GELUGUR - medan DAP buktikan rakyat tolak hudud jika parti itu menang


Bukit Gelugor dan Teluk Intan, bakal menjadi medan pungutan suara parti DAP untuk melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap cadangan pelaksanaan hudud oleh sekutunya Pas dan sekiranya Dap menang itu akan di jadikan penanda aras yg mana rakyat menolak Hudud

Setuasi di Teluk Intan dimana Dyana Sofea nampak nya terjerat dengan isu hudud dengan cuba memutar belit tentang Hudud bila menyatakan tidak AKAN menyokong undian untuk melaksanakan hudud jika di bentang di parlimen

Apabila niat asalnya didedah beliau mula menggelabah dengan menyatakan tidak tolak hudud namun tidak menyokong dengan tidak akan mengundi itu jelas membawa maksud yag sama Iaitu menolak Hudud JADI HANYA PENTAKSUB SAHAJA YG AKAN TERPEDAYA dengan jawapan Dyana sofea ini

Dan jika di takdirkan DAP menang di kedua dua kawasan ini ianya jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak hudud yang di bawa calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar


Calon Bebas PRK Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar menerusi kenyataannya seperti yang admin pm petik jelas menyatakkan akan terus memberi penjelasan tentang hukum hudud kepada orang bukan Islam sepanjang siri kempennya sehingga hari pengundian 25 Mei ini.

Mohamed Nabi Bux, 63, berkata berdasarkan maklum balas diterimanya sepanjang lapan hari berkempen sejak penamaan calon 12 Mei lepas, ramai orang bukan Islam sudah mula dapat menerima penjelasan tentang hukum hudud.
    
"Ramai orang bukan Islam terutama Cina dapat menerima penjelasan tentang hukum hudud dan saya percaya jika penjelasan seperti itu diteruskan serta diperluaskan, lebih ramai yang memperoleh manfaat dan memahami tentang hudud.
    
"Jadi saya minta kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan kepada rakyat mengenai hukum itu agar semua orang terutama yang bukan Islam tahu. Hukum hudud itu hanya untuk orang Islam tetapi penerangan mengenainya perlu diberikan kepada semua orang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua masyarakat di Kampung Melayu di sini hari ini.
    
Beliau percaya mampu memenangi pilihan raya kecil itu dan mendapat sekurang-kurangnya 20 peratus undi kaum Cina berdasarkan maklum balas yang baik sepanjang siri kempennya.
    
"Insya-ALLAH saya boleh menang, jika semua pengundi Melayu memberi undi kepada saya demi Islam dan sokongan 20 peratus pengundi Cina. Ia sudah mencukupi untuk saya menang di Bukit Gelugor," katanya.
    
Sementara itu, Mohamed Nabi Bux meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan yang juga Ketua Pemuda Pas kawasan Gombak tampil memberi pengesahan sama ada beliau anggota Pas kawasan itu atau tidak.
    
"Saya minta kepada ustaz Hasbullah untuk buat pengesahan bahawa siapakah saya dalam Pas kawasan Gombak dan jangan berdolak-dalik mengenainya kerana saya dan dia memang kenal rapat sejak saya menjadi setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar di Gombak pada tahun 1998 hingga 2003.
    
"Sekarang ini pun kami masih berhubung antara satu sama lain, jadi saya percaya beliau adalah orang penting untuk menjawab sama ada saya adalah ahli Pas atau sebaliknya," katanya.
    
Sebelum ini, Setiausaha Pas Pusat, Mustafa Ali sebagai berkata calon Bebas itu bukan ahli Pas dan tidak pernah menjadi ahli parti itu bagaimanapun Mohamed Nabi Bux menafikannya dan menunjukkan bukti sijil keahliannya.
    
Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini Mohamed Nabi Bux akan berhadapan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan serta seorang calon Bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Seperti biasa Pas telah mengarahkan ahli ahlinya mengundi calon Dap dan menampakkan perjuangan asal mereka telah tersasar jauh malah menampakkan slogan Hudud yang mereka mainkan selama ini hanyalah sebagai modal politik mereka sahaja 

Jadi kita tunggu dan lihat bagaimana pula riaksi pengundi pengundi PRK akan datang adakah mereka terpengaruh dengan pemimpin mereka untuk memenangkan Dap atau lebih mementingkan Agama yang di persenda oleh pas dengan memaksa ahlinya menyokong Ramkarpal.

Tiada ulasan: