Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 6 Mei 2014

Hishamuddin Rais menyifatkan kes liwat yang bakal membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara adalah satu perkembangan positif

KUALA LUMPUR – Aktivitis pembangkang, Hishamuddin Rais menyifatkan kes liwat yang bakal membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara adalah satu perkembangan positif kerana ia akan menyuntik kebangkitan rakyat untuk menuntut keadilan di jalan raya.
Sambil mengakui beliau ‘gembira’ jika Anwar sekali lagi meringkuk di penjara, Hishamuddin menegaskan, jika Anwar meringkuk di penjara, rakyat tidak akan berdiam diri.
“Saya gembira jika Anwar masuk penjara, ia perkara yang baik, kita boleh menghasut orang ramai kembali ke jalan raya,” katanya dipetik Malaysiakini dalam satu forum sempena setahun selepas pilihan raya umum ke-13 di sini semalam.
Mengulas mengenai polemik hudud, Hishamuddin berkata, beliau senang hati melihat Pas berpecah ekoran kontroversi hudud.
“Penyucian ini proses biasa dalam parti politik, Ia akan memisahkan antara kumpulan dalam Pas yang ghairah dengan idea kerajaan perpaduan dengan UMNO,” katanya.
BERTAMBAH MABUK DAH PENDAPAT YANG DI UTARAKAN OLEH AKTIVIS PEMBANGKANG INI SEHINGGAKAN PELIWAT YANG TELAH DI SABITKAN DI MAHKAMAH PUN HENDAK DI BELA ? KESIAN.....
Catat Ulasan