Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 18 Mei 2014

HIMPUNAN BANTAH GST- POLIS MOHON BANTUAN MENGESAN 11 INDIVIDU KASARI MEDIA

KUALA LUMPUR — Polis Kuala Lumpur (KL) hari ini mengedar 11 keping gambar individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian mengasari pengamal media yang membuat liputan perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka pada 1 Mei lepas.
Menurut laman Facebook Polis KL, individu terbabit atau sesiapa yang mengenali mereka diminta supaya tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan polis.
“Mereka yang terbabit atau ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Ananthan Rajoo melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099,” katanya.
Sebelum ini pihak polis menerima dua laporan daripada anggota media yang diserang dan laporan itu turut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun
Keseksaan kerana merusuh yang jika dibuktikan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, tiga jurukamera dilapor dikasari sekumpulan peserta yang berpakaian serba hitam dan menutup muka.
Dua daripada jurukamera itu ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena balingan kayu.
Laman sosial polis itu turut menyiarkan beberapa keping gambar individu yang didapati melanggar syarat peraturan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dengan membawa kanak-kanak bawah umur ke perhimpunan.
“Kami mendapati terdapat peserta perhimpunan dan yang berhimpun telah membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun sebagaimana yang ditafsirkan di bawah
Peruntukan 3, APA 2012.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(2)(f) APA 2012 yang bertentangan dengan Jadual Kedua Akta tersebut, iaitu suatu kesalahan yang jika disabitkan
kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000,” kata polis.
Menurut kenyataan itu, individu yang terbabit atau orang ramai yang mengenali mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Chua Wee Seong melalui Pusat Kawalan Daerah Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26977099.
Catat Ulasan