Parti DAP wajib menanti pengesahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sebelum mengambil sebarang tindakan samada menyertai pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan atau sebaliknya.
"DAP memang parti yang sah berdaftar di bawah ROS tetapi isu yang timbul adalah kedudukan CEC parti itu yang masih belum disahkan oleh ROS dan masih dalam siasatan," kata Tan Tuan Tat yang juga bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang Selangor D.E.
Menurut Tuan Tat lagi, beliau berharap kepimpinan DAP berterus-terang kepada rakyat berhubung arahan yang dikeluarkan ROS serta tidak bersandiwara bagi mendapatkan simpati.
"Surat arahan ROS pada 19 April 2013 membenarkan calon-calon DAP menggunakan logo parti bagi menyertai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tetapi mereka 'bersandiwara' kepada rakyat apabila mengatakan hak itu dinafikan.
"Surat arahan mandatori yang tidak mengiktiraf pemegang jawatan CEC parti itu masih berkuatkuasa meskipun terdapat pertikaian melalui permohonan semakan kehakiman yang belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.Saya juga berharap rakyat dapat membuat penilaian sewajarnya mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan tidak menyokong secara membuta-tuli"; tambah Tuan Tat lagi.
Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak mendakwa DAP tidak berhak meletakkan calon dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan sekiranya belum menerima sebarang surat dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status CEC parti itu bertarikh 6 Disember 2012 lalu tidak dibatalkan melalui perintah mahkamah.
Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya menggantung keputusan CEC DAP dalam pemilihan semula pada 29 September tahun lalu kerana siasatan masih dijalankan.
Tindakan itu diambil berikutan kedegilan DAP yang enggan mengikut arahan ROS untuk menghantar maklumat lengkap berhubung pemilihan semula parti, antaranya senarai cawangan yang mengambil bahagian dan perwakilan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan