Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 9 Mei 2014

BUKTI KUKUH TERESSA KOK MENGUGUT 2 SAKSIN YANG BONGKAR SALAHLAKUNYA PADA SPRM !!!LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT

LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT ESOK
Bukti kukuh menunjukkan bagaimana parti itu (DAP) cuba memanipulasi kononnya untuk bela rakyat, yang mana ahli mempersoalkan kewibawaan parti ahli diugut dan disaman.


Bukti kukuh menunjukkan bagaimana kebiadapan  parti (DAP) dan Teresa Kok memang sudah sampai ketahap yang melampau,oleh kerana nak menutup kesalahannya dia sanggup dengan beraninya cuba mengugut dua saksi yang tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kerana mengugut dua saksi yang tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM). 

Menurut Presidennya Ramesh Roa, laporan polis tersebut akan dibuat selewat-lewatnya esok.
"Bukti kukuh menunjukkan bagaimana parti itu (DAP) cuba memanipulasi kononnya untuk bela rakyat, yang mana ahli mempersoalkan kewibawaan parti ahli diugut dan disaman.
 

"Cukup dan jelas selepas dokumen penyalahgunaan dana oleh Teresa diserahkan  kepada  SPRM, Teresa menggugut saksi untuk tarik balik kenyataan," katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.
 

Untuk rekod, aduan kepada SPRM dibuat oleh Wong Choo Chieng (bekas ahli DAP) dan Danny Leong Eng Tiom (ahli DAP) berkenaan penyalahgunaan dana sebanyak RM300,000 oleh Teresa.
Tindakan kedua-dua individu ini menyebabkan mereka disaman sebanyak RM10 juta ringgit oleh Teresa. Menurut Ramesh, tindakan Teresa itu jelas menunjukkan beliau takut kepada kebenaran.
Malah ujarnya, tindak tanduk seumpama itu membuktikan DAP bukan sepertimana yang digambarkan sebelum ini.
 "Ini belum perintah negara, mereka berani pertikai undang-undang."Soal kebenaran, bila soal kebenaran di mana suara demokrasi? 

"Oleh itu, nasihat saya  bagi pengundi di Bukit Gelugor dan Teluk Intan, supaya berhati-hati dalam memilih calon, kerana kalau lihat DAP bukan sebuah parti yang baik.
"Dalam DAP kamu akan disaman sekiranya 'berani' mempertikaikan parti sepertimana yang berlaku pada Danny dan  Choo Chieng," katanya.

Tiada ulasan: